Saya Maisarah Ibrahim ahli baru Smart Naco. Sebenarnya saya baru saja menjadi ahli Smart Naco seminggu yg lalu dan telah menggunakan susu IGg dua minggu yang lalu. Saya telah diperkenalkan dgn produk ini oleh seorang kawan dan setelah merasakan keberkesanan susu tersebut saya menghubunginya untuk menjadi ahli. Setelah berdaftar saya dibekalkan dgn sebuah buku dan sekeping CD testimonial pengguna IGg. Saya tidak diberikan sebarang penerangan mengenai Smart Naco mahupun produk2nya dan diminta saya mencari sendiri di dalam internet untuk lebih lanjut. Oleh itu setelah membuka laman web tertentu, saya mendapati ruangan forum ini dan kerana itu saya cuba menjadikan ruangan ini sebagai medan utk saya mendapatkan keterangan lanjut mengenai Smart Naco dan juga SST.
Di sini terdapat beberapa soalan utk saya ajukan kepada para member SST yang lebih arif mengenai Smart Naco dan juga SST sendiri.
1. Bagaimanakah caranya utk saya berdaftar menjadi ahli SST? Apakah setelah saya berdaftar di forum ini secara automatiknya saya telah berdaftar dgn SST?
2. Adakah ianya terbuka kpd semua ahli Smart Naco atau hanya terhad kpd ahli Smart Naco yang berdaftar di bawah uplines/PDs tertentu sahaja?
3. Apakah terdapat caj2 tertentu yang dikenakan bagi setiap ahli SST? Sekiranya saya menjadi ahli SST, adakah saya akan dibekalkan dgn kad, nombor ahli atau sebarang bentuk bukti keahlian?
4. Bagaimana utk saya mengetahui siapakah PD utk saya dan upline saya?
5. Apakah hanya susu IGg shj yang mendapat pasaran meluas di M'sia bagi produk Smart Naco, bagaimana pula dgn produk2nya yang lain?
Kepada semua para member SST terima kasih saya ucapkan dan diharapkan semoga soalan-soalan saya ini mendapat perhatian dpd anda semua.
Assalamualaikum kpd semua member SST, Saya Maisarah Ibrahim ahli baru Smart Naco. Sebenarnya saya baru saja menjadi ahli Smart Naco seminggu yg lalu dan telah menggunakan susu IGg dua minggu yang lalu. Saya telah diperkenalkan dgn produk ini oleh seorang kawan dan setelah merasakan keberkesanan susu tersebut saya menghubunginya untuk menjadi ahli. Setelah berdaftar saya dibekalkan dgn sebuah buku dan sekeping CD testimonial pengguna IGg. Saya tidak diberikan sebarang penerangan mengenai Smart Naco mahupun produk2nya dan diminta saya mencari sendiri di dalam internet untuk lebih lanjut. Oleh itu setelah membuka laman web tertentu, saya mendapati ruangan forum ini dan kerana itu saya cuba menjadikan ruangan ini sebagai medan utk saya mendapatkan keterangan lanjut mengenai Smart Naco dan juga SST. Di sini terdapat beberapa soalan utk saya ajukan kepada para member SST yang lebih arif mengenai Smart Naco dan juga SST sendiri.
1. Bagaimanakah caranya utk saya berdaftar menjadi ahli SST? Apakah setelah saya berdaftar di forum ini secara automatiknya saya telah berdaftar dgn SST?
Anda hanya perlu menjadi ahli Smart Naco dan sponsor anda mestilah salah seorang ahli di bawah kump SST. Jika upline anda bukan dari SST... anda boleh gunakan forum ini untuk mendapat tips. SST hanyalah satu pasukan yang bergerak secara jemaah dan mempunyai satu matlamat dalam membantu rangkaiannya mencapai kejayaan.
2. Adakah ianya terbuka kpd semua ahli Smart Naco atau hanya terhad kpd ahli Smart Naco yang berdaftar di bawah uplines/PDs tertentu sahaja?
Kalau forum ini sapa saja boleh daftar dan menimba ilmu.
3. Apakah terdapat caj2 tertentu yang dikenakan bagi setiap ahli SST? Sekiranya saya menjadi ahli SST, adakah saya akan dibekalkan dgn kad, nombor ahli atau sebarang bentuk bukti keahlian?
Tak de.
4. Bagaimana utk saya mengetahui siapakah PD utk saya dan upline saya?
Tanya sponsor anda.
5. Apakah hanya susu IGg shj yang mendapat pasaran meluas di M'sia bagi produk Smart Naco, bagaimana pula dgn produk2nya yang lain? Kepada semua para member SST terima kasih saya ucapkan dan diharapkan semoga soalan-soalan saya ini mendapat perhatian dpd anda semua. Terima kasih.
Buat masa ini ya. Tapi Smart naco ada pelbagai produk yang hebat seperti Green Factor, Cell renew dan lain-lain.
Boleh ke jikalau ahli SmartNaco nak tukar upline .. Jikalau boleh, apakah syarat-syaratnya dan macam mana prosesnya.. (ni saya tolong tanya untuk member)