Saya, Rosli, mungkin ada yg dah kenal tetapi kepada yang belum....salam perkenalan dari saya.
Pengalaman saya di SST:
Saya dah hampir dua bulan dengan SST. Awal 10/4/06 saya join SST dan jadi pengguna sahaja. Minggu pertama dan kedua masih jadi pengguna. Minggu ketiga baru sembang-sembang dengan kawan-kawan terdekat. Minggu keempat 3 org join saya. Minggu kelima downline saya dapat lagi 3 members. Selepas itu saya terfikir sendiri produk ini seolah-olah boleh bercakap sendiri.
Minggu keenam lagi 6 org lagi join as members dan minggu ketujuh ini saya ada 4 orang prospek KIV untuk join saya pada hujung bulan ini. Bermakna dalam sebulan 12 org boleh kita dapat untuk join SST hanya berbekalkan VCD ini. Mungkin cara saya ini agak lambat berbanding dengan kawan-kawan kita yang lain tetapi pokok pangkal adalah kita dan juga keyakinan kita.
Bagaimana saya melakukannya. 100% secara online. Hanya 2 members yg saya dapat dari usaha marketing mulut ke mulut. Yang lain online semata yakni promote di yahoogroups dan googlegroups. Kaedah yang saya guna simple ajer, create 2 atau 3 email address yang berlainan dan join dekat 300 lebih yahoogroups dan googlegroups. Setiap hari buat promosi dengan ayat-ayat atau text email yang berlainan. Timing juga penting. Apa yang saya buat adalah seperti diawal pagi jam 8, tengahari jam 1, petang jam 4:30, malam jam 8:30 dan lewat malam jam 12. Sebab masa-masa inilah new members akan join groups-groups tersebut dan mereka mula aktif.
Kalau satu hari 100 orang klik web kita, katakan 5% yakni 5 orang hantar responder. Dalam sebulan kita akan dapat 150 responders. Dari jumlah itu katakanlah 10% menjadi ahli, bermakna pada bulan itu kita akan dapat 15 new members.
Macam saya katakan tadi, pokok pangkal adalah kita. Inilah pengalaman saya selama hampir dua bulan di SST (tetapi baru sebulan buat marketing online secara aktif). Di harap tips-tips ini dapat membantu rakan-rakan semua. Kalau orang yang dah berumur macam saya boleh buat....masakan Anda yang masih muda tidak boleh melakukannya.
"You will not be alone at SST"
Wassalam,
Rosli
Note: Kalau ada apa-apa lagi tips dari rakan-rakan semua silalah kongsikan bersama kami disini.
__________________
http://myroslimh.ws/ atau http://www.roslimh.myniaga.net/ dan web journal http://roslimh.bravejournal.com/
Saya sebenarnya memang menanti kehadiran saudara di dalam forum SST ni dan hari ini harapan saya termakbul juga. WELCOME ABOARD.
Pembuka bicara yang amat berguna juga untuk warga SST pelajari dan ikuti, so apalagi DUPLICATE!. Saya memang tak pernah missed mengikuti perkembangan saudara walaupun kita belum pernah berjumpa.. Tambah lagi sudara adalah downline saya.. Belum pernah satu yahoogroups dan googlegroups yang saya masuk saya tak terjumpa iklan saudara untuk susu igg plus ini.
Anyway teruskan lagi usaha kita untuk berjaya seperti mereka2 yang telah berjaya. Satu perkara yang saya pelajari dari tips saudara ialah tentang timing tu.. ok gak tu..
Apa kata coretkan pengalaman saudara melalui journal seperti leader2 SST yang lain...
wassalam
yazid~btp/gvp
__________________
VCD percuma http://yazid.myniaga.net
My Jurnal http://yazifa.bravejournal.com
WELCOME_WELCOME... ke SST dan maaf sebab aku jarang JOIN FORUM ni.. ini adalah POST Untuk semua yg memperkenalkan diri. Aku harap anda Perkenalkan diri betui-betui.. macam dari mana, nama apa, sapa dia Upline , Kalau boleh PD terdekat.. baru syok sikit.. tau ler Line mana... Jika PD anda PD Ashriee ngan SPD CHE DIN atau PD AZRI dan WAHAB, atau kira aku ni Tok Wan hanpa ler.....
Jika perlukan tip2 pi ler blog aku...
AKu DOAkan semoga kita semua MENCAPAI KEJAYAAN serta DIBERKATI oleh ALLAH SWT. JUMPA anda di PUNCAK KEJAYAAN...
Saya Indukdara...saya menyertai SST pada 28/2/06. Single level punya orang.. tapi sekarang dah tiga bulan lebih berjinak-jinak dgn Multi-level. Saudara-saudara SST semua, saya percaya anda semua suka membantu ahli lain seperti saya....
Saudara Rosli....
ANDA begitu hebat bagi saya.....kaedah/strategi yang anda gunakan melalui online memang praktikal. Saya belum lagi berinteraksi melalui online tetapi kaedah/tip yang saudara saran/amalkan ada logiknya.
Sebelum ni saya memang amat berminat menyertai rakan lain menggunakan online untuk memasarkan produk SN kerana kenal SN pun melalui cara ni ..tetapi kemahiran internet dan komputer yang minima membantutkan niat saya. Apapun saya bukanlah seorang yang cepat menyerah. Tiada alasan atau tiada perkataan 'tidak' sebenarnya jika hendakkan sesuatu.
Insyaalah, saya nak cuba guna cara online pulak dan saya akan study macamana nak buat web dulu. Sebelum ni semua saya lakukan melalui offline. Bukan upline saya tak nak bantu.. sebenarnya dah dua kali jumpa dia orang ni ( dari Kedah ke Sarawak )tapi belum ada masa yang betul-betul terluang. Kepada upline saya PD Azri & Lipanbara ( Become a great PD ) sorry,..tapi... jumpa selepas ni nanti mungkin ini matlamat saya ....dan amat-amat berterima kasih.. Bukan atas pencapaian saya.. kerana pencapaian atau kejayaan sebenarnya adalah bergantung kepada diri sendiri tetapi,... atas bantuan dan contoh kepimpinanan yang anda tunjukkan. Anda adalah contoh kepada pengamal MLM istimewa dan cemerlang !......serta penyumbang kepada kemajuan perniagaan MLM negara. Mudahan saya akan seperti anda berdua..
Kepada Saudara Rosli, saya berharap untuk menjadi segigih saudara di online...Insyaallah. Bantu-bantulah saya.
*kata-kata orang SST KEJAYAAN SAYA TANGGUNGJAWAB SAYA
Saya joint smart naco team ni awal bulan 5 so masih "blank" lagi....tapi bila baca tips2 kat atas tu rasanya bolehlah try buat.....Hope berhasillah hendaknya....seronok tengok org. berjaya.....
Waduh...lama sungguh Jang x masuk website engkorang. Ni semua gara2 bos Jang bagi keroje banyak sangat...fikir2 x berbalau sungguh rasonya. Kalu Jang juai susu cam korang lagi mengancam.
Macam kau Rin tak po jugak kau masih blank pun sobab nya kau bahru lagi. Tapi Jang nih dah la lama...dah naik karat biru tengok budak2 ni juai susu. Jang dok tang tu jugak kata org. Pulau Pinang.
Korang...contak2 la oden kalu ada duit lebih juai susu..
Ini dia perkembangan promosi secara online selama satu bulan. Last posting saya untuk topik ini adalah pada 24 May 2006.
Selama sebulan melakukan promosi secara online di yahoogroups dan juga googlegroups inilah hasilnya. Statistik adalah seperti berikut:
1. Jumlah prospek yg klik ke laman www.roslimh.myniaga.net : 2622 klik (tapi tak tahulah berapa org)
2. Jumlah prospek yg menghantar responder : 164 orang.
3. Jumlah VCD yg diposkan ke prospek : 85 orang. (yg lain belum hantar lagi....)
4. Jumlah prospek yg menjadi ahli : 33 orang.
Bermakna 20% success rate dari jumlah yang menghantar responder dan juga 39% success rate dari jumlah yang menerima VCD dari saya. Mungkin success rate ini tidak berapa memberangsangkan tetapi ini adalah hasil kerja promosi secara online (tidak mustahil untuk kita melakukannya, insyaAllah). Saya tak pernah jumpa downline-downline saya tetapi selalu hubungi mereka melalui telefon, sms dan juga email. Dan dari jumlah ini ada 6 orang yang amat berpotensi untuk melakukan secara online (3 orang lepas MMU - baru graduate) dan 4 orang yang boleh melakukan promosi secara offline (biasa dgn perniagaan MLM). Dan downline-donwline saya ini ada yang berada di alor setar (kedah), raub (pahang), johor bahru (johor), beluran (sabah), tapah (perak) dan yang lain sekitar KL dan juga Selangor.
Cuba bayangkan kalau masuk bulan kedua saya membuat marketing online ini dan kesemua mereka bergerak dikawasan mereka maka tidak mustahil rangkaian yang kita bina akan berkembang dengan pantas. Pokok pangkal adalah kesungguhan kita di SST.
Perlu diingat rakyat Malaysia ada dalam lingkungan 24-25 Million dan ahli Smart Naco cuma dalam 105,000++ sahaja (yakni 0.44% sahaja). Masih luas terbentang untuk kita semua. Ini adalah untuk Malaysia market sahaja.
Selamat Maju Jaya untuk semua!
Wassalam,
Rosli M Hanip
__________________
http://myroslimh.ws/ atau http://www.roslimh.myniaga.net/ dan web journal http://roslimh.bravejournal.com/