Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 8 Elemen Penting Perniagaan Secara Online


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
8 Elemen Penting Perniagaan Secara Online


1) Bina kredibiliti dan keyakinan pelanggan.

Ini sebenarnya sangat penting tidak kira apa sekalipun bidang
perniaagaan yang anda ceburi samada secara online ataupun sebaliknya.
Sekalipun anda masih baru dan tidak dikenali bukan bermakna anda
tiada peluang untuk bersaing di dunia siber. Pemasaran melalui
Internet juga mempunyai cara yang tersendiri bagaimana kredibiliti
tersebut boleh anda bina.

2) Jangan terlalu mudah mangabaikan permintaan pelanggan.

Perniagaan anda tidak sepatutnya berakhir sebaik sahaja produk /
perkhidmatan anda berjaya di jual. Beri bantuan yang diperlukan dan
biasakan diri anda untuk menjadi rakan dan bukannya sebagai jurujual.
Mempelajari teknik pemasaran melalui internet secara tidak langsung
akan memberi anda peluang mendapat ramai rakan dalam bidang yang sama

3) Pilih sasaran pembeli dan penuhi permintaan golongan tersebut.

Lebih spesifik segment yang anda pilih bermakna lebih unik perniagaan
yang anda tawarkan. Sekaligus lebih kurang persaingan yang bakal anda
hadapi. Jangan membuat andaian produk / perhidmatan anda tidak
berpotensi untuk dikembangkan secara online. Sebaliknya mengambil
langkah awal dengan melibatkan diri dalam pemasaran melalui Internet
bakal menjadikan anda pendahulu (market leader) sekaligus membuka
peluang yang mungkin tidak pernah anda jangka

4) Pilih "market' yang mampu anda tembusi dan mampu dikawal dari segi
belanjawan.

Jangan terlalu ghairah membuat pelaburan secara online jika anda
masih tidak pasti potensi yang boleh diperolehi. Sudah terlalu banyak
tools yang ditawarkan tidak kurang juga individu yang meganggap diri
mereka pakar dalam segala-galanya. Bagi saya cara untuk berjaya ialah
dengan meniru kaedah mereka yang telah berjaya melakukannya. Buku
saya akan mendedahkan kepada anda segala-galanya

5) Fokus kepada kehendak dan bukannya keperluan.

Walaupun Internet mempunyai potensi yang besar tidak selalunya anda
akan berjaya. Ada kala produk / perkhidmatan yang dipilih tidak
mempunyai ciri-ciri yang mencukupi. Kenalpasti apa dan di mana
peluang itu boleh diperolehi dan penuhi kehendak tersebut. Dengan
cara ini lebih mudah anda mampu menghasilkan pelanggan

6) Lakukan dan praktikkan usahasama (Join Venture).

Walaupun anda boleh mendapat pelanggan ataupun mendominasi pasaran
sedia ada, usahasama yang betul sentiasa boleh mengembangkan pasaran
yang anda miliki. Di dalam perniagaan hari ini anda tidak boleh
bersendiri tetapi Perkongsian Pintar atau WIN-WIN adalah cara terbaik
untuk lebih maju lagi.

7) Bersikap professional walaupun anda sekadar bekerja di rumah.

Jika produk / perkhidmatan anda ingin dihormati lakukan apa yang
perlu untuk mendapatkan penghormatan tersebut. Tawarkan sesuatu yang
bernilai dan lebih baik jika ianya percuma. Ini sebenarnya dapat
membantu menarik pengunjung dan seterusnya menambah kredibiliti

8) Belajar dan fahami kepentingan "Sales Letters".

Upah seseorang atau lakukannya sendiri jika anda mampu. Banyak orang
yang keliru dengan aggapan bahawa bahawa teknologi adalah segala-
galanya. Internet sbenarnya hanyalah sekadar alat tetapi anda tidak
dapat lari dan masih berurusan dengan manusia. Setiap manusia pula
sudah pasti mempunyai emosi yang berbeza-beza

Penulis:

Norazman Abu Sahir

Digital Reader.com


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit… Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini, Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.

Untuk berjaya, anda perlu menanam konsep ini. Fikirkan diri anda sebagai jentera kearah kejayaan. Setiap hari, perbaiki hanya 1% daripada usaha anda. Esok, anda akan imrpove 2%… lusa pula 3%… dalam masa 100 hari dari sekarang sekiranya setiap hari anda dedikasikan untuk memperbaiki cuma 1% daripada usaha anda ke arah kejayaan, anda berjaya perbaiki diri anda 100% dari keadaan anda kini!

Kaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya! Itulah dianya Rahsia Orang Jepun Terbongkar :)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 125
Date:

Akum.semua kengkawan.
HEBAT BETUL ahli2 SST..majulah SST untuk SEMUA...
semoga lepas nie banyak lagi knowledge, ilmu2 yang dikongsi bersama.

"PROMOSI perlu diusahakan, SPONSER perlu diteruskan"

Rakanbiz.com Founder
Badaiputera :: 012 -7314636


DAPATKAN SEGERA PERCUMA VCD+WEBSITE+JOURNAL






__________________
FREE VCD + FREE WEBSITE PROMOTION + FREE JOURNAL http://rakanbiz.com/ @ http://dear.to/badaiputera


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!

Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:

1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda. Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.

2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.

Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard