Just nak kongsi pendapat. baru je beberapa minit tadi zura f/up my prospek kat penang.. Sofar, memang dia minat nak join...tapi nk tgk dulu vcd mlm ni..insyaallah dalam masa terdekat dia akan bersama kita..
Tapi, prospek ni ada bagitau kat zura yang dia ada beli susu IGGPLUS kat penang..tapi colour sachet tu silver..harga 5 sachet rm25...tapi tiada sebarang keterangan mengenai susu tersebut.Yang ada cuma Tulis Komputer "IGGPLUS"...so zura terangkan lah secara detail about kitanyer produk...alhamdulillah dia faham dan percaya....
So, sekarang memang dah start produk IGGPLUS yang Tiruan...Kat Penang Plak tu,,
Kite kena pantau ni...nanti makin meluas, payah jadinya..sbb diorang dah berani guna nama IGGPLUS kat produk diorang...Komen?
Aku cadangkan macam ni le...Tentu korang ingat masa kes selsema burung baru-baru ni...Kan perniagaan berasaskan Ayam terjejas, jadi tawkeh besar KFC pun buatlah sidang media bawa Menteri untuk buktikan ayam goreng depa selamat dan sihat. Menteri pun support kata ayam Malaysia selamat tak ade selsema..
Jadi kalaulah IGg+ ni juga tulen, asli, selamat terjamin...dan korang usahawan yang telus dan tulus..Apa kata taukeh besar korang buat sidang media, bawa menteri minum susu IGg+ ni ramai-ramai, bagi menjernihkan berita tu...barulah ada power, bukan setakat power director je..
Entah-entah korang pun tak minum susu tu....cuma jual aje..kesan sampingan..tak sure lah...sian-sian yang nasib malang tu..kena tebuk sana tebuk sini...buang susu dah basi..
Asalamualaikum azura, cadangan saya, tolong dapatkan digital photo untuk IgG Tiruan tu dan nanti kita boleh berkongsi dan buktikan yang IgG Plus Original Memang Hebat.
Bagus kalau u akan dapat yg tiruan tu utk kita buat perbandingan dgn susu igg plus kita ini. Dan cadangan sdr. badaiputera tu memang baik. Ambil photo yg tiruan tu dan letak sebelahan sacket iggplus kita. Then org ramai boleh lihat sendiri akan kesahihannya.
Aku rasa korang ambil risiko yang silap. Dah tentu orang akan anggap korang hanya menegakkan benang basah. Pengguna dan orang ramai dah tentu tak yakin dengan produk korang nyer sebab memang mesti declare produk korang tulen coz sendiri punya. Korang letaklah gambar apapun. Mesti orang kata dah plan punyer lepas tu persaing korang pulak buat, tuduh sana tuduh sini. Tak baik untuk bisnez dan nama baik Syarikat.
Sekarang aku rasa baik korang dapatkan badan bebas yang diberi akreditasi oleh Kerajaan atau Kementerian Kesihatan yang dapat mengesahkan ketulenan, keselamatan, khasiat dan jaminan produk tu. Kalau tak buang karen aje ......
justme wrote: Hi, Aku rasa korang ambil risiko yang silap. Dah tentu orang akan anggap korang hanya menegakkan benang basah. Pengguna dan orang ramai dah tentu tak yakin dengan produk korang nyer sebab memang mesti declare produk korang tulen coz sendiri punya. Korang letaklah gambar apapun. Mesti orang kata dah plan punyer lepas tu persaing korang pulak buat, tuduh sana tuduh sini. Tak baik untuk bisnez dan nama baik Syarikat. Sekarang aku rasa baik korang dapatkan badan bebas yang diberi akreditasi oleh Kerajaan atau Kementerian Kesihatan yang dapat mengesahkan ketulenan, keselamatan, khasiat dan jaminan produk tu. Kalau tak buang karen aje ......
aku setuju... smart naco macam tak berani jer.. takda duit ker
kepada tuan besar JuSTME dan anda-anda yang BIJAK,
tak perlulah sibuk2 dlm forum nie kalau nak promote your biz, kami jdkan ini sebagai lapangan untuk kami berkongsi info dan idea, please lah..byk lagi forum - forum yang lebih sesuai kalau nak promote tu. kalau dah tak yakin tu, tak perlulah ganggu. pasal apa yang tuan "kata" tu ramai yang "terasa geli hati" pasal ramai Rakan-rakan SST sendiri dalam Kementerian Kesihatan dan banyak lagi kementerian yang lain. Semasa meeting pun ader ramai celik pandai yang "mampu melihat kehadapan dan celik ttg peluang ini" terus merebut peluang ini.
sy akui tuan besar jugak merupakan "orang besar" dlm dunia IT ini. x perlulah.k
SMARTNACO dah pun lama keluarkan kenyataan TTG IGG TIRUAN pada ARTIKEL yang lebih awal dari HMETRO buat. so cuma "anda -anda" shj yang sentiasa membuatkan kami "geli hati" dengan komen anda.
Tidak perlu SMARTNACO terburu-buru, kerana sekira mmg telah dimaklumkan awal2 lagi ttg IgG TIRUAN dipasaran. Segala pensijilan telah TERBUKTI. dari segi product, perngilangan dan Status HALAL.
Orang Yang GAGAL sentiasa memberikan ALASAN...ALASAN..ALASAN.. Hidup dan Mati adalah Ketentuan ILAHI, Kita hanya mampu untuk Merawat dan Berusaha yang Terbaik.
KITA APA YANG KITA FIKIRKAN, SEKIRANYA BOLEH, MAKA BOLEHLAH KITA, JIKA TIDAK, MAKA TIDAKLAH KITA. ITULAH KITA. BUKA LAH MINDA ANDA.
Begini bijak anda bermain kata. kami pun ahli juga... kami perlukan penjelasan. tak payahlah nak halau kami dari forum ni. kami ada hak nak mengetahui perkembangan "Fitnah ini". kalau ada tindakan polis report ker apa ker.. bagitau ler kami. tunjuk pada kami. Jangan main cakap jer. semua orang boleh cakap.
Kami ahli-ahli perlukan sokongan dari SST. Kalau pihak upline pun melatah tak leh kena tegur dan tak dapat menangani masalah dalaman, susahlah gitu. Mentang-mentang korang dah buat duit dulu, kami yang tukang jual downline ni dipijak-pijak je...
Forum ni kan untuk semua, kalau tak boleh terima teguran dan penambaikan susah le...ni dah kira diktaktor. Kena ambil teguran dengan positif dan rasional. Kalau tak tutup aje lepas tu buat keje syok sendiri....
Tapi masalah IgG+ ni tak selesai lagi...so apa pelan tindakan HQ...susah nak cari prospek sekarang ni suma dah takut nak beli..tu lum masuk nak refund lagi...Ayoo...yoo...
Assalamualaikum, maaf ssekiranya terkasar atau pun bermain kata.
Sebenyarnya apa yang diberitahu dan ditulis semua dikatakan untuk nak sedapkan untuk didengar. So apa lagi yang nak dikatakan. last week sy sendiri pun dah blur tp bila pergi meeting kat KLANG n kat KL, semua masalah itu dah pun terjawab secara keseluruhan.
Sudahkan tuan menghubungi UPLINE atau SPONSER tuan? This Week ader SST program kat Komuniti PAHANG, Next Week ader Kat Sandakan dan kat Kota Kinabalu dan Hujung Bulan ader kat Jb n Melaka. Awal bulan @ 2 minggu sekali ader kat KL/KLang.
Dalam SST, kita yang perlu untuk menghubungi UPLINE atau SPONSER kerana kita perlu TUNJUKKAN MINAT & USAHA kita untuk BERJAYA seperti Mereka, sy sendiri Pun sentiasa berhubung selalu dengan MyLeader untuk sebarang perkembangan dan aktiviti yang dijalan, Yang PELIK,ramai yang menunggu??...Menunggu??? dan terus menunggu????...sampai bila...
Masa meeting pun diberikan kaedah & cara untuk membuat promosi atau mendpat prospeks secara online. Adakah anda telah menghadirinya? sehingga kan ader KES yang "PENING" bila tiada prospek tp bila diberikan kaedah semasa meeting pun "PENING" kerana apabila guna kaedah yang diberikan terus dapat 150 prospeks. Just nak berkongsi, Ahli SST banyak kaedah yang digunakan untuk terus berhubung, sekarang kami akan lebih mesra untuk terus direct ke JOURNAL-JOURNAL SPD, SPD kita untuk terus mengertahui perkembangan Terbaru. Adakah anda telah lakukan?
Selalulah menghadiri Meeting yang dianjurkan oleh SST TEAM, kaedah ini telah dipraktikan dan Telah terbukti berjaya, sekiranya kita asyik sibuk dan sentiasa nak di hubungi dan tiada usaha untuk mendapatkan yang terbaik, maka kita pasti sentiasa ketinggalan.
Maaf sekiranya, terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Regards, Badaiputera