Saya baru join Smart Naco pada Mei 2006. Setakat ni saya masih lagi gagal mendapatkan downline. Jadi saya dah cuba beberapa cara, tetapi masih gagal. Saya juga tidak mendapat sokongan daripada upline saya. Upline terus tidur.
Assalamualaikum.. Saya baru join Smart Naco pada Mei 2006. Setakat ni saya masih lagi gagal mendapatkan downline. Jadi saya dah cuba beberapa cara, tetapi masih gagal. Saya juga tidak mendapat sokongan daripada upline saya. Upline terus tidur.
Setakat ini saya hanya mempunyai 2 orang downline. Itupun kawan-kawan sekampung aje. Sekarang mereka pula dah kecewa dengan saya sebab saya tidak dapat bagi mereka apa-apa.Mujurlah Che Din banyak membantu saya.
Apa Khabar Cikgu Suhaimi. Saya rasa bangga dengan cikgu yang kuat semangat dan still berusaha untuk mencari sinar kejayaan. InsyaAllah lepas ni cikgu boleh mulakan balik biz ni dengan lebih berkeyakinan dengan sokongan sepenuhnya dari UPLINE cikgu. Ye la kekadang kita perlu buat sesuatu keputusan yang pahit dan perit tapi semua ini untuk kebaikan diri kita sendiri.
Cikgu buat keputusan untuk diri cikgu sendiri dan apa yang pastikan ambil pendekatan yang lebih yakin dan bijak dalam menguruskan perniagaan ini. InsyaALLAH saya akan sentiasa beri sokongan. Banyak kaedah dan laluan yang boleh kita gunakan untuk sampai ke Destinasi.
Kadang kala perjalanan dari Alor Star ke Kuala Lumpur mungkin mula-mula kita naik motor sampai di Penang naik bas , sampai di Ipoh naik kereta dan akhirnya sampai juga ke Kuala Lumpur. Tak kisah berapa jenis kenderaan pun kita tetap akan sampai.
Mungkin dari Alor Star ke Kuala Lumpur gunakan banyak pilihan jalan , Jadi pilihlah kenderaan dan jalan yang baik dan telah membawa orang lain berjaya dalam perniagaan ini.
Terima kasih kepada yang telah memberi semangat dan perangsang. Sekarang saya ingin mendapatkan teknik terbaik untuk saya meneruskan biz ini? Apa yang saya dapat setakat ini ialah saya gagal untuk mencari pasaran setempat mungkin ada sesiapa yang ingin memberi pendapat cara terbaik untuk saya terus mencari pasaran.
s_suhaimi27@yahoo.com itulah email saya. Sekarang saya sedang belajar tentang promosi di internet. Sesiapa ada cadangan tak. Saya nak secara detail kerana saya orang yang terlalu baru dalam dunia internet ni. Up Line selalu kata "BUAT LE PROMOSI KAT YAHOOGROUP " Saya pun buat tapi masalahnya web saya tak dikunjungi tetapi email group sampai 500 sehari masuk.Please ... tolong ... help saya benar-benar serius nak buat bisnes ni.
Ada kalanya bukan "how-to" yang menjadi masalah dan penghalangnya. Ramai di antara yang belum berjaya (bukan gagal) adalah kerana "why-to" yang tidak kuat, dan konflik didalam diri sendiri.
Cara terbaik mencari jalan penyelesaian adalah berjumpa dengan mentor terdekat... ada sesuatu yang perlu di bincagkan dengan upline atau mentor anda. Kadang-kadang diri mengatakan ia, tetapi minda mengatakan tidak - dan inilah yang berlaku kepada yang belum berjaya...
Cari ilmu seberapa segera. Membaca dan mengasah minda separa sedar dengan input-input yang positive. Membaca 10 mukasurat buku-buku motivasi, buku-buku ilmu dan buku-buku yang membina minda akan membuatkan minda separa sedar anda lebih mengandungi bahan-bahan yang positif....
s_suhaimi27@yahoo.com itulah email saya. Sekarang saya sedang belajar tentang promosi di internet. Sesiapa ada cadangan tak. Saya nak secara detail kerana saya orang yang terlalu baru dalam dunia internet ni. Up Line selalu kata "BUAT LE PROMOSI KAT YAHOOGROUP " Saya pun buat tapi masalahnya web saya tak dikunjungi tetapi email group sampai 500 sehari masuk.Please ... tolong ... help saya benar-benar serius nak buat bisnes ni.
rasenya ada banyak benda yang anda perlu dalami lagi dalam biz online ni, anyway dah contact upline? macam mana die ? Ok ka?
Untuk Pelajari tips online saya juga sedang berusaha siapkan blog yang khas menceritakan kaedah saya mendapatkan prospek dari offline dan online ... so, jika sudi bole berkunjung ke blog saya"Smart Naco - Smart Success Team"