A/kum saudara2 sekalian, Rata2 sales di malaysia jatuh for previous few months. Sila ajukan cadangan2 yang patut diambil bersama2 untuk memulihkan balik jualan. Wassalam
__________________
Best regards,
Nik Nasrul
President Director®
www.binaharta.ws
Walaikumsalam.. :) just nak sibuk2 kat sini la.. Mmg last week tergempar pasal DROP SALES..tp adakah USAHA kita pun DROP... so kesimpulan nya...kita kini berada dalam DUNIA PERNIAGAAN YANG GLOBAL yang pasti akan menghadapi CABARAN & DUGAAN & PERKARA2 seperti ini walaupun nak ker x nak..yang penting sekarang ..GANDAKAN USAHA KITA, kalau ingin GANDAKAN PENDAPATAN KITA...
KEJAYAAN KITA KINI, ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA 100%
Sekarang nie lah Masa GELOMBANG K2 @ G2 yang maner PATUT & PERLU kita TAKE PELUANG INI kerana Ramai Pengedar KINI telah beralih Arah & tidak bergerak kerana tiada KEKUATAN MINDA untuk terus melangkah kehadapan.
Salam buat semua ahli SST.Sekadar mencelah untuk mencari sedikit kekuatan dalam menghadapi gelombang globalisasi perniagaan ini. Tidak dapat kita nafikan tahap kekuatan mental ahli-ahli SST adalah berbeza-beza.Yang kuat mampu menghadapi cabari dan telah gagah belayar di Gelombang ke 2. Yang `sedang-sedang saja' sedang gigih melawan arus untuk terus hidup sebagai usahawam mlm ini dan yang lemah telah terkapai-kapai lalu akhirnya menukar haluan.
Suntikan antibiotik perlu diberi kepada yang `lemah' ini agar kembali pulih dan meneruskan perjuangan dan semangat setiakawan dalam SST sewajarnya tidak melakukan begitu.Yang lemah pun ingin menjadi kuat tetapi di dalam suasana `kelemasan' menjadi tidak tahu dan tenggelam punca dimana nak dicari sumber kekuatan itu.
Saya menyokong saranan Nik Hasrul itu dan upline-upline dan sesiapa saja yang still `kuat' itu marilah berkongsi rahsia agar semua ahli-ahli SST akan kuat seperti anda.Janganlah kita biarkan senario enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing berlaku di dalam SST.
Ingat pesan Nabi SAW - Allah SWT tidak akan memandang rahmat kepada jemaah yang berpecah belah.So check it out ......Dugaag ini pasti satu ujian buat kita.
Maaf jika terkasar bahasa tetapi niat saya baik untuk melihat jemaah SST yang saya sayangi ini tetap unggul dan semua ahli SST hingga di akar umbi pun akan mampu dan sempat BERSAMA KE PUNCAK KEJAYAAN.
Assalammualaikum.......... Biarlah saya perkenalkan diri dulu..... saya baru aje jadi manager bulan Mei 2006. Seronok tak terkira berkat pertolongan upline saya yang baik-baik, sanggup topup untuk saya Mei lalu bagi membolehkan saya menjadi manager. Tiba-tiba cerita SUSU AJAIB menjadikan saya takut memperkenalkannya kepada rakan-rakan yang lain. Takut dikatakan menjual susu tipu....... Namun begitu, Ogos ini alhamdulillah, semua pelanggan saya mula melanggan semula susu igg kecuali seorang kerana masing-masing merasakan susu ini sesuai dengan penyakit yang mereka hadapi. Setiap kotak susu saya sertakan salinan sijil halal JAKIM, Keratan Akhbar UTUSAN dan METRO mengenai JAKIM HANYA MELULUSKAN IGG SMARTNACO. Yang seronoknya, ibu bapa saya yang mengambil susu dari emak saudara saya yang menjadi ahli juga menghentikan pengambilan susu igg apabila menerima berita susu ajaib itu. Nasib baiklah suami saya selalu mengingatkan saya agar membawa bersama salinan sijil halal JAKIM, Keratan Akhbar UTUSAN dan METRO tersebut dan kami berjaya menyakinkan kedua ibu bapa saya bahawa susu igg plus smartnaco ini bukan susu ajaib yang mendatangkan masalah tersebut.
Ikhtiarlah dengan melakukan SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT setiap hari ....(antara pukul 8.30 pagi hingga sebelum Zuhur) (Rakaat pertama baca alfatihah dan alkafirun, rakaat kedua baca alfatihah dan surah al-ikhlas) moga-moga ALLAH memberikan rezeki dan membersihkannya.......
Terima kasih kepada suami tersayang yang banyak membantu, saya yang menjadi ahli, dia yang banyak menjual. Suami saya seorang Pemandu Teksi. Dia berjaya menyakinkan pelanggan-pelanggannya mengenai kebaikan susu ini......dan salah seorang pelanggannya seorang bekas manager Cina yang banyak membeli untuk kesihatannya sendiri.....