Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERSISTENSI :: ISTIQAMAH :: BERTERUSAN


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:
PERSISTENSI :: ISTIQAMAH :: BERTERUSAN


Salam sejahtera....


Petikan dari Blog Che Din ... Menarik utk di kongsikan dengan anda semua di Forum SST


Salam PERJUANGAN dari saya kepada anda semua. Terima Kasih kerana sudi melawat Journal saya yang tidak seberapa ini. Di kala orang melelapkan mata aku di sini terus mengetuk kekunci laptop aku mengisi ruang kosong journal aku yang perlu aku isi. Istiqamah , Persintensi dan Berterusan :::  Itulah yang perlu aku lakukan dalam menyegarkan dan terus menyuburkan semangat perjuanganku dalam dunia Perniagaan.

Hari ini aku ingin menyebut dan terus menyebut sepanjang masa tentang Persintensi atau  Istiqamah. Sudah tentu Kuasa Persistensi ni ada kaitan dengan hal Tidak Berputus Asa , ada juga kaitan dengan Matlamat dan Halatuju Perniagaan Yang Jelas dan Ada Juga Kaitan  Dengan Minda Yang POSITIF...

Apa yang perlu kita lakukan walaupun sedikit tetapi mesti persisten , setiap hari , istiqamah ::




  • Persisten dalam membuat usaha promosi
  • Persisten dalam membuat Follow Up baik kepada prospek  atau dline
  • Persisten dalam membuat urusan penajaan
  • Persisten dalam mengedarkan VCD
  • Persisten dalam usaha memberi "services" kepada semua rakan niaga anda
  • Persisten dalam proses PEMBELAJARAN dalam hal ehwal atau selok belok perniagaan
  • Persisten membaca buku atau artikel berkaitan perniagaan anda
  • Persisten menghadiri meeting , coaching atau perjumpaan kecil
  • Persisten dalam mempromosi produk hebat dari Smart Naco

Kuasa PERSINTENSI ini yang akan menentukan kejayaan anda , yang akan menentukan anda kecundang di tengah jalan , yang akan menentukan anda hilang ghairah mencapai impian anda , membuatkan anda lemah dalam mempertahankan sikap tidak berputus asa , yang membuatkan anda bosan dengan apa yang anda buat ::::

AKU masih teringat lagi akan jerit perih dalam aku menjalankan perniagaan sendiri. Selepas keluar dari Universiti aku bekerja selama 2 tahun dan pada waktu itu pilihan yang ada hanyalah menjalankan perniagaan dengan sedikit ilmu dan kemahiran yang aku miliki. Aku lihat potensi perniagaan memang besar namun aku perlu menimba ilmu dan pengalaman yang lebih lagi. Di situ aku terus usaha dan usaha untuk membuktikan aku mampu menjadi usahawan kecil-kecilan walaupun aku tiada darah daging usahawan. Di TIPU , GAGAL , KECEWA , TEKANAN  telah lali dalam aku membangunkan perniagaan aku sendiri.

Kalau anda biasa lihat kategori manusia yang bekerja mencari wang dalam teori Robert Kiyosaki  dengan membahagikan kepada 4 kategori dalam 2 bahagian

Bahagian 1 adalah Kita Bekerja Untuk Wang ::

Kategori 1 : EMPLOYEE ( Bekerja Untuk Orang Lain )

Kategori ini adalah kategori mereka yang bekerja makan gaji tak kira apa juga bidang pekerjaan yang di ceburi.  DULU aku masa bekerja aku berada di kategori ini. Namun oleh kerana perangai aku yang tak suka buat perkara yang sama atau rutin setiap hari dan inginkan kebebasan dalam membina kreativiti dan idea aku ambil keputusan untuk membangunkan perniagaan sendiri dengan sokongan Pensyarah dari USM

Kategori 2 : SELF EMPLOYEE ( Bekerja Untuk Diri Sendiri )

 Kategori ini adalah untuk mereka yang mempunyai perniagaan sendiri , doktor , artis , meniaga makanan dan sebagainya yang mana amat bergantung kepada kepakaran diri sendiri. Aku juga telah melalui zaman ini dan masih lagi melaluinya. Memang bagus bekerja sendiri dan meniaga dan memang boleh mendatangkan rezeki yang lumayan. Tetapi kita perlu bertungkus lumus sepanjang masa dan jika terjadi sesuatu pada kita maka boleh menyebabkan perniagaan kita terhenti

Bahagian 2 adalah Wang Bekerja Untuk Kita

Kategori 3 : BISNES OWNER ( Orang Lain Bekerja Untuk Anda)

Kategori ini adalah untuk mereka seperti Pemilik Perniagaan , Francahisi , Network Marketing ( MLM ). Di sini adalah apa yang kita sedang usahakan di mana wang akan terus mengalir bila kita telah membina perniagaan kita dengan baik.  Lihat Kentucky Fried Chicken , kalau anda TAUKEnya macam mana , dok saja pun anda duit dah masuk , begitu juga perniagaan MLM. Inilah yang saya buat sekarang.

Kategori 4 : INVESTOR ( Wang Bekerja Untuk Anda)

Kategori ini seperti Pemilik Hartanah atau Pemilik Saham. Di sini peringkat wang bekerja untuk kita. Aku ada kenal satu nyonya masa aku dok bantu uruskan urusan penyewaan pejabat majikan lama aku. Dia ada 18 buah rumah sewa dan pendapatan dia tiap bulan lebih dari 30k. Ujung bulan kutip duit aje kerjanya.

Aku telah merasai Kategori 1 , 2 dan 3 :: memang ada perbezaannya dan amat jauh berbeza. Sebab tu Donald Trump cakap kalau dia nak buat biz balik dia akan pilih MLM. 

JADI ANDA NAK PILIH KATEGORI MANA ::::::::::::::


NAMUN bagi aku apa yang penting kita mesti konsisten , persisten atau Istiqamah dengan apa yang kita buat. Berikan peluang 12 ke 24 bulan untuk kita lihat hasilnya. Aku dulu pernah aku korbankan 12 bulan dalam mengusahakan satu projek peruncitan tapi tak berhasil lagi dan hingga sekarang mereka masih dok berusaha. Dan baru ni aku tengok rakan aku dah mula dapat MOU 30 juta untuk program peruncitan setelah berusaha dari tahun 1998. Beliau tak kenal erti putus asa , BUAT dan TERUS BUAT dan lihatlah sekarang hasilnya ,,,,,

Kalau Kolonel Sander tidak ada kuasa Persistensi , mungkin kita tak mengenal Kentucky Fried Chicken , Kalau Thomas Edison tak  guna kuasa Persistensi mungkin dia tidak di kenali sebagai pencipta lampu ,

JADI , KUASA PERSISTENSI AMAT SINONIM DENGAN TIDAK BERPUTUS ASA :: Tapi SATU PERKARA KENA INGAT :: Memang Kita Perlu Kuasa Persistensi Tetapi Kita Perlu Mencari Jalan dan Kaedah Untuk Menghadapi Cabaran Perjuangan Perniagaan Kita ::::::::::::;


OK Lah , Aku dah nak masuk tidur , PERCAYALAH banyak bukti , mereka yang kekal dengan kuasa persistensi InsyaALLAH kita AKAN TERUS BERJAYA :: Nanti aku citerkan kisah seorang kenalan aku yang buat biz MLM dengan menggunakan kuasa persistensinya :::::::::::::::::::;


Jika anda ingin bersama-sama kami menjalankan perniagaan Network Marketing , boleh SMS aku di 012-4686404 :::::::::


Che Din



__________________

Susu Kolostrum Igg Plus Muncul Kembali atas nama Fortico Kolostrum



Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

Assalamualaikum


Betul kata SPD Che Din.  Sempena bulan Ramadhan ni .. tanamkan sata tekad buat sesuatu itu dengan konsisten.  Satu langkah kehadapan membawa kejayaan masa hadapan...


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SST




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard