Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengenalan kepada MLM (ihsan KDIM.net)


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 37
Date:
Pengenalan kepada MLM (ihsan KDIM.net)


 Pemasaran Rangkaian (MLM) - sempena dengan berkembangnya teknologi maklumat sekarang ini MLM lebih dikenali dengan e-Networking. MLM atau e-Networking ini berkembang sebagai satu kuasa besar dalam era baru pemasaran keseluruhannya.

Walaupun bermula di Amerika Syarikat, MLM kini lebih berkembang di Jepun. Ia memberikan pendapatan sebanyak 20 juta setahun dibandingkan dengan 15 juta di Amerika Syarikat. Ini merupakan satu kejayaan dalam industri ini atau dengan kata lain profesyen ini.

Meskipun fakta-fakta ini telah membuktikan perniagaan MLM berkembang begitu pesat sekali di dunia namun yang penting adalah penggunaan minda yang positif boleh memberi rangsangan dalam hidup untuk mencapai matlamat yang diimpikan. "ANDA BOLEH MENJADI APA YANG ANDA IMPIKAN

MLM adalah satu Industri yang paling cepat berkembang dan beribu-ribu barang disalurkan melalui sistem MLM. Dipercayai ianya akan berkembang lebih pesat lagi dalam era 2020 yang akan datang malah lebih jauh dari itu.
 

 




 

PENGERTIAN PEMASARAN RANGKAIAN (MLM)


Apakah sebenarnya PEMASARAN RANGKAIAN (MLM)?

Pasti kebanyakan daripada anda merupakan orang yang telah pun berkecimpung di dalam bidang ini. Dan sudah tentu anda telah pun mengerti apa itu MLM. Tetapi adalah dirasakan perlu, bagi manfaat pembaca yang belum tahu dan mahu berkenalan dengan MLM. Ditakrifkan pengertian di sini.

Pemasaran Rangkaian atau lebih disebut sebagai MLM (Multi-Level Marketing) oleh mereka yang melibatkan diri dalam bidang ini khasnya dan jualan langsung amnya.

Apabila disebut jualan langsung mungkin ada diantara anda yang sudah dapat membayangkan maksudnya. Ini adalah kerana ia bukan merupakan sesuatu konsep yang baru. Malahan, jika direnung dan
dikaji sejarah tamadun manusia, jualan langsung sebenarnya telah wujud sejak masyarakat mula mengerti erti "berdagang".

Jualan langsung sebenarnya "memperdagangkan sesuatu produk secara terus kepada pengguna".

Dalam perniagaan biasa, pelanggan perlu mengunjungi pusat jualan untuk mendapat bekalan dari penjual/peruncit. Barangan yang didagangkan oleh penjual pula telah terlebih dahulu dibekalkan oleh pengedar yang memperolehinya daripada pemborong. Pembuatan barangan yang didagangkan itu pula biasanya tidak diusahakan oleh pemborong tetapi sebaliknya dibeli secara pukal daripada pengilang.

Walaupun dalam bidang Jualan Langsung terdapat elemen-elemen "pengilang/pengusaha, pemborong, pengedar, peruncit dan pengguna", tetapi perbezaannya disini ANDA BOLEH berada hampir di kesemua tempat-tempat itu. ANDA BOLEH meletakkan anda sebagai pemborong, pengedar, peruncit mahupun .....pengguna!

Seperkara lagi mengenai bidang MLM ini ialah : 'Penjual mencari Pengguna'. Kalau dalam perniagaan/jualan runcit biasa, pengguna mengunjungi penjual untuk mendapatkan barangan, tetapi dalam jualan langsung, "Penjual mencari Pengguna". Dengan kata lain : "Penjual keluar menjaja barangan kepada pengguna".

Kita berbalik kepada "Pemasaran Rangkaian".

Apakah MLM itu sebenarnya jualan langsung? Atau jualan langsung itu MLM?

Benar...MLM merupakan satu perniagaan jualan langsung. Tetapi adalah tidak tepat jika dikatakan jualan langsung itu adalah MLM.

Ini adalah kerana MLM merupakan salah satu daripada bentuk perniagaan jualan langsung. Oleh kerana MLM mempunyai konsep yang istimewa dan unik, tidak semua perniagaan jualan langsung itu, boleh kita takrifkan sebagai MLM.

Dalam industri jualan langsung, sebenarnya terdapat 2 jenis bentuk pemasaran iaitu :-

           a. PEMASARAN TUNGGAL (SINGLE LEVEL)

           b. PEMASARAN RANGKAIAN (MULTI-LEVEL)

Penerangan di bawah adalah mengenai PEMASARAN RANGKAIAN (MULTI-LEVEL MARKETING/MLM).

 

 




 

KEUNIKAN MLM

 

Pada asasnya, anda tentu sudah memahami konsep Pemasaran Rangkaian (MLM). Ia akan terus dibincangkan di sini supaya anda dapat lebih mengerti kenapa MLM dikatakan sebagai satu bentuk perniagaan unik yang telah berjaya melahirkan ramai jutawan berjaya di seluruh dunia.

 




A.



MUDAH

MLM adalah kaedah penjualan masa hadapan. Prinsipnya adalah "mudah namun berkesan". Pemasaran ini digelar "The Great Economy Leveller". Ia memberikan peluang kepada semua orang untuk menempa kejayaan. Walau apa pun taraf pendidikan, kedudukan kewangan dan latarbelakang sosial. Perniagaan ini memberikan peluang sama rata kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya.



 
 


B.

 



ANDA TIDAK BERSENDIRIAN

Seorang ahli MLM tidak akan dibiarkan keseorangan. Ia sentiasa dibimbing, diberi nasihat oleh pakar yang disediakan oleh syarikat. Itulah yang dikatakan sebagai "teamwork means we, not me" atau "kerja berkumpulan, bermakna kita - bukan saya".

Anda tidak bekerja bersendirian dalam perniagaan ini. Sekiranya anda bekerja bersendirian, pencapaian dan keuntungan anda adalah terhad. Oleh itu anda perlu membentuk kumpulan anda dengan memperkenalkan orang lain kepada sistem perniagaan ini. Kaedah ini dinamakan penajaan. Cara ini dapat menggandakan pendapatan anda.

Usahawan-usahawan MLM yang gagal serta kecewa dalam perniagaan ini, lambat laun pasti mahu kembali menyertai industri MLM ini.

Semua ini adalah kerana keunikan yang terdapat di dalam perniagaan MLM. Walaupun hanya bermodalkan kecil tetapi pendapatannya adalah lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan membuat komitmen hanya kepada satu syarikat MLM sahaja. Usahawan seperti ini akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dalam hidupnya.

Ramai usahawan menceburi perniagaan ini secara sambilan sahaja. Tetapi yang manakjubkan, ia menghasilkan pendapatan dua atau tiga kali ganda dari pendapatan hasil pekerjaan sepenuh masa.



 
 


C.

 



TIDAK PERLU KELULUSAN TINGGI

Perniagaan ini tidak memerlukan sebarang sijil, diploma atau ijazah dari pusat pengajian tinggi. Syarikat akan menyediakan latihan dan motivasi yang dikendalikan oleh penceramah dan pakar-pakar profesional.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengikuti program-program yang dianjurkan dan berusaha untuk bersama-sama menuju kejayaan.



 
 


D.

 



BEKERJA SAMBIL BEREHAT

Sistem MLM telah terbukti keunggulannya. Ia merupakan perniagaan yang bergerak sewaktu anda sedang berehat. Ketika anda sedang melakukan sesuatu untuk diri anda, downline atau kumpulan bawahan anda bergerak menjalankan perniagaan dengan aktifnya. Pada masa yang sama, pendapatan anda bertambah mengikut rangkaian atau network anda.

Anda hanya perlu mengeluarkan modal yang sedikit kerana semuanya telah disediakan untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah MULA!!



 
 


E.

 



ANDA JADI BOSS!!

Di dalam MLM, anda adalah BOSS anda sendiri. Tiada siapa yang akan memaksa atau dipaksa kerana semuanya bermula ditangan anda.

Anda tidak memerlukan tenaga pekerja untuk menguruskan perniagaan anda kerana syarikat yang anda sertai akan menguruskan semuanya untuk anda. Anda akan sentiasa dibantu dan dibimbing untuk menuju kejayaan.



 




 

CIRI-CIRI POSITIF MLM

 




A.



KEBEBASAN

Manusia dilahirkan dan diberikan waktu yang sama sahaja. Kita diberikan masa yang panjang iaitu 24 jam sehari. Jika orang lain boleh berjaya, bermakna kita juga boleh berjaya. Manusia dilahirkan bebas dan tidak suka dikongkong. Manusia mahukan kebebasan hidup bagi dirinya, bagi waktu urusannya dan segala-galanya. Dalam MLM anda tidak dikongkong oleh sesiapa pun. Anda boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak anda.



 
 


B.

 



CABARAN

MLM menjadikan anda orang yang luar biasa. Cabaran demi cabaran akan anda lalui. Hanya orang yang bersabar dan tabah sahaja yang akan berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan.

Perniagaan MLM membuatkan anda seronok dengan persaingan yang wujud. Usahawan MLM sentiasa mengadakan cabaran untuk orang-orang bawahannya. Dalam erti kata lain, "pemimpin" MLM mengajar anda berlumba-lumba di antara satu sama lain dalam mengejar kejayaan. Mereka mahu anda berjaya seperti mereka.

Cabaran daripada syarikat MLM juga banyak mengajar anda menimba pengalaman dalam mengusahakan perniagaan. Cabaran-cabara ini akan mendorong anda supaya bekerja lebih kuat untuk membuktikan keupayaan anda untuk mencapai kejayaan. Ia akan membentuk sikap anda menjadi seorang yang berani, cekal dan positif.



 
 


C.

 



TARAF DAN PENGHORMATAN

Taraf penghidupan anda akan berubah setelah menyertai MLM. Ini adalah kerana perniagaan MLM mendapat penghormatan dan sanjungan yang tinggi daripada masyarakat. Penampilan anda juga akan turut berubah daripada seorang yang sederhana kepada orang yang kelihatan kemas dan bergaya. Ia penting untuk menarik perhatian ahli-ahli dalam rangkaian anda serta pelanggan-pelanggan anda.



 
 


D.

 



IMPIAN DAN IDAMAN

Semua insan mempunyai impian dan idaman mereka sendiri. Tetapi apakah impian dan idaman mereka itu dapat dikecapi melalui MLM? Ya, melalui MLM, impian anda akan menjadi kenyataan sekiranya anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Jika anda bercita-cita untuk memiliki rumah yang besar, kereta mewah, melancong keluar negara dan sebagainya, MLM adalah jawapannya. 

Sekiranya anda memberikan komitmen yang penuh terhadap perniagaan ini, impian anda pasti akan menjadi kenyataan. Anda juga mestilah memahami konsep yang ditunjukkan di dalam pelan pemasaran dan jangan sesekali menganggap bahawa pelan pemasaran yang dicipta hanyalah untuk menarik perhatian dan minat orang awam supaya menyertai perniagaan ini.



 
 


E.

 



KEBEBASAN KEWANGAN

Wang adalah satu faktor yang penting di dalam kehidupan kita. Tanpa wang, hidup seseorang akan menjadi susah dan melarat. Oleh itu, MLM adalah salah satu bentuk perniagaan yang boleh anda pilih untuk menambahkan sumber pendapatan anda. Malah pendapatan yang anda perolehi ini akan dinikmati oleh anda sendiri tanpa dikongkong oleh sesiapa pun.



 




 

KELEBIHAN PEMASARAN RANGKAIAN (MLM)

 




A.



PERKEMBANGAN SOSIAL

MLM merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi peluang kepada anda untuk memperluaskan skop sosial anda. Anda berpeluang berkenalan dengan kenalan-kenalan baru, di samping menjalankan perniagaan.



 
 


B.

 



TIDAK PERLU MENGORBANKAN MASA

Perniagaan ini tidak memerlukan masa yang panjang bagi malaksanakan aktiviti. Anda hanya perlu meluangkan masa lebih kurang 5 jam seminggu untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaan anda. Lakukan demikian dan anda akan dapat jadikan perniagaan ini sebagai salah satu sumber pendapatan anda tanpa mengganggu masa kerja tetap anda.



 
 


C.

 



SIKAP BEKERJASAMA

MLM dapat mewujudkan perasaan bantu-membantu di antara penaja dan orang yang ditaja. Ini adalah sebahagian daripada falsafah perniagaan MLM, iaitu bantu-membantu. Anda menolong orang lain mencapai kejayaan dan keuntungan yang anda perolehi akan berlipat ganda.



 
 


D.

 



HUBUNGAN KEMANUSIAAN

MLM menyelami keupayaan diri anda dan perhubungan di antara manusia seperti anda dan penaja, anda dengan orang yang ditaja dan sebagainya. Membina hubungan dengan kawan-kawan adalah penting kerana lebih ramai kawan, lebih banyak peluang untuk menyumbang.



 
 


E.

 



PERNIAGAAN SENDIRI

Anda boleh mengawal perniagaan dengan keupayaan anda sendiri. Ia terpulang kepada anda samada anda mahukan keuntungan yang kecil atau sebaliknya. Semuanya bergantung kepada cara anda mengawal perniagaan. Pihak syarikat MLM hanya membantu melalui nasihat dan sokongan.



 
 


F.

 



MASA HADAPAN DI TANGAN ANDA

Masa hadapan anda berada di tangan anda sendiri. Anda perlu faham bahawa setiap rakan perniagaan MLM bermula dari tahap yang sama. Ganjaran yang anda perolehi ditentukan oleh usaha dan masa yang anda luangkan. Terserahlah kepada kesanggupan anda untuk menentukannya.



__________________
Dealer kawasan: JB/BBU/Kempas/Tampoi/Skudai/Senai/Majidee/Kulai Call or SMS 019-7187878 (24 jam)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard