Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jangan menjual produk TAPI ....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:
Jangan menjual produk TAPI ....


Salam sejahtera ....SST members !


Seringkali saya mendengar pelbagai rintihan dan perasaan cemas sebahagian daripada ahli-ahli Smart Naco dengan kemunculan pelbagai produk yang sama dengan IgG-Plus.


Teman seperjuangan semua .... untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam apa jua anda harus FOKUS . Cuba anda bayangkan seorang jaguh pecut 100 meter di mana ada 7 orang pesaing yang sama-sama ingin mendapat status juara. Jika anda pelari pecut tersebut, apa yang anda lakukan ? Adakah semasa anda berlari anda akan toleh kiri dan kanan melihat pesaing anda ? Jika itu yang anda lakukan , anda pasti TEWAS kerana anda telah mengalih FOKUS untuk sampai ke penamat ke fokus yang lain iaitu melihat samada pelari yang lain memotong anda atau tidak.


Begitu juga di dalam smart naco atau di dalam penjualan produk IgG-plus. Jika anda fokus UNTUK MENJUAL dan MEMPERKENALKAN SMart naco, anda tidak akan TERGUGAT dengan ribuan jenama yang datang. Tapi jika anda fokus kepada produk lain yg lebih murah, lebih bagus, jadi pioneer dan lain-lain.... anda akan terus ketinggalan. Seorang pelari pecut 100 meter, FOKUS beliau ialah untuk sampai ke garis penamat TERLEBIH DAHULU. Dan anda di SMART NACO adalah untuk mencapai IMPIAN anda terlebih dahulu !!


Jangan jual produk IgG-plus kepada pelanggan anda ... jual dia KESIHATAN


Jangan promosikan bisniss Smart Naco kepada prospek anda.... promosikan IMPIAN beliau


Pokok pangkalnya - kejayaaan adalah setelah anda memberikan 100% FOKUS dan KOMITMENT. Andai kata anda tidak mengetahui adanya jenama lain di pasaran, Apa yang akan anda LAKUKAN?


Kalau kereta proton itu harganya murah, kenapa ada orang sanggup membeli BMW ? Pada hal ianya kereta jugak..... Jadi JANGAN JUAL PRODUK..... jual FAEDAH nya ! jual KELEBIHANnya !


Ada orang melihat air di dalam gelas sebagai separuh penuh. Tapi ada juga yang melihatnya sebagai separuh kosong. Apa yang anda fikirkan, akan menjadi kenyataan. Jika anda fikir jenama lain akan memusnahkan bisniss anda, anda akan musnah. Jika anda fokus membina impian anda dan terus menggunakan VCD sebagai tool pemasaran, anda akan mencapai kejayaan.... cuma yang membezakannya samada ianya CEPAT atau LAMBAT.


Oleh kerana itu, untuk semua SST members - FOKUS pada bisniss anda, FOKUS pada impian anda, FOKUS pada produk anda ....


Dalam MLM .... "batteries are not included" . Anda kena bawa SEBAB kenapa anda nak buat bisniss ini, anda kena bawa IMPIAN anda sendiri, anda kena bawa komitment anda....


Wishing You A Million Dollar,


Khairul Aza 


www.iggplus.com


www.wave4team.ws


Blog >> www.free2retire.com


Kepimpinan adalah di mana anda bertindak berdasarkan KOMITMENT dan bukannya KESELESAAN.  - Khairul Aza


Yang membezakan yang BERJAYA dengan yang GAGAL hanyalah 1 saat yang berharga untuk BERTINDAK. - Khairul Aza



__________________

Susu Kolostrum Igg Plus Muncul Kembali atas nama Fortico Kolostrum



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 89
Date:

USP ( UNIQEU SELLING PROPOSITION)

Betul tu brother khairul ,,, produk igg plus ni sudah ada USP , uniqeu selling proposition .. apa dia USP ,, USP adalah sesuatu produk yang mempunyai keunikan tersendiri. Contoh USP igg ini adalah memberi kesihatan kepada pengguna ..membantu ke arah pemulihan penyakit dan sebagainya... Orang tidak mahu tahu tentang apa itu igg , apa itu kolostrum , apa itu protein ,, tetapi orang lebih suka lihat kepada apa fedah dan kesan apabila mengambilnya....

Kita telah mempunyai banyak contoh tentang orang yang telah mendapat manfaat dari susu igg plus ini ... Betul kata brother khairul ,, lihat kepada persepsi kesihatan dan bukan hanya menjual kotak susu semata-mata.... juallah manfaat dan faedahnya ...

Kalau tak kenapa ada orang beli dan beli lagi ,,,, jadi kehebatan pemasaran adalah memperkenalkan manfaat dan faedah produk bukan ciri-ciri produk tersebut semata-mata...

Sebab itu VCD TESTIMONIAL kita amat memberi kesan kepada proses pemasaran kita dalam proses pemujukan dan bina keyakinan pengguna kepada produk susu igg kita.. kerana pada VCD itu bukan banyak cerita tentang apa itu IgG , Kolostrum , tetapi apakah manfaat dan faedah pengguna yang pernah mengambilnya ...

Di samping itu ,, kita juga harus lihat dari strength syarikat untuk memberi imbuhan pendapatan kepada mereka yang menyertainya .. Kalau ada produk lain yang tak mengamalkan konsep MLM biasanya sukar untuk melonjak sbb kurang sokongan daripada pengedar kerana ganjaran yang kecil....

Apa yang penting kita perlu lebih kuat membina keyakinan pada produk kita sendiri dan buktikan kekuatan dan faedahnya... kerja kuat dan ajak lebih ramai orang untuk berkongsi faedah dan manfaat .....

ok ,, itu pandangan saya ,, bisnes memang ada mehnah dan tribulasinya ,, namun orang yang hebat adalah orang yang berjaya bertahan dan bersabar...

Semoga kita semua berjaya dan bantulah dowline kita dalam membina lebih keyakinan diri.... PERNIAGAAN TANPA FOKUS anda akan hilang arah tuju dan jalan menuju kejayaan , PERNIAGAAN yang anda bina dalam tempoh sekejap-sekejap dan cari bisnes lain dan berhenti , cari lagi bisnes lain ,, akan membuang masa dan tenaga anda ... semoga kita terus ISTIQAMAH dengan apa yang kita telah mulakan..

APABILA KITA BERADA DALAM SATU PASUKAN < insyaAllah kekuatan dan keyakinan diri akan terus terbina .. oleh itu jangan pisahkan diri anda dengan KUMPULAN KITA INI....

selamat maju jaya



-- Edited by che din at 23:58, 2006-01-05

-- Edited by che din at 00:00, 2006-01-06

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

assalammualikum....selamat pagi


bercakap pasal vcd tu...ni nak tanya sikit sebab ada lak yg sound kat saya... nape dah 3rd edition kandungan masih masih sama....tak de penambahan testimoni pengguna baru ke.....tuk penyakit kronik yg lain....


wassalam,


 



__________________
VCD percuma http://yazid.myniaga.net My Jurnal http://yazifa.bravejournal.com


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

A'kum.


Saya sgt setuju dgn En Khairul. Yang penting FOKUS. Hidup kalau takde persaingan pasti membosankan..Apatah lagi kalau ada saingan yg jenis tak tahan lama...kesian melayu...


Dalam bisnes ni yang penting kecekalan dan kesabaran. Jika anda ada impian sebesar gunung dan  memiliki bisnes tools yang terhebat sekalipun jika tidak bersabar pasti kecundang..So buat sahabat semua, jika anda inginkan kejayaan, fokus pada matlamat anda. InsyaAllah kejayaan bersama org yang berkeinginan dan berusaha ke arahnya....


 



__________________
Tiada Kebetulan, Semuanya Suratan.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard