Saya ahli bebas dari http://www.smart-sihat.net, cambahan dari smart success team ingin mengingatkan kepada teman-teman seperjuangan supaya tidak lagi menjual produk Oyster-Plus, kerana ia didapati mengandungi tadafil (sejenis bahan kimia perangsang anu..), dimana boleh memudaratkan sesetengah pengguna. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan untuk menyerahkan bekalan Oyster Plus kepada cawangan penguatkuasa Farmasi di tempat masing masing. Bagi saya, baik serahkan kepada stokis untuk mendapatkan refund.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah membatalkan pendaftaran produk tradisional Oyster Plus yang mengandungi Tadafil, iaitu sejenis bahan kimia tidak dibenarkan kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Menterinya, Datuk Dr Chua Soi Lek, berkata tindakan itu diambil selepas menganalisis kandungannya berikutan aduan orang ramai.
Katanya, Oyster Plus yang diimport dari China oleh Global Like Sdn Bhd dan diedarkan Smart Naco Sdn Bhd sudah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Bagaimanapun, berikutan penemuan Tadafil, pendaftaran terpaksa dibatalkan kerana bahan kimia itu hanya boleh disyorkan oleh doktor untuk lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk.
"Pengguna seharusnya tidak menggunakan Tadafil tanpa syor doktor kerana boleh membawa mudarat kepada pesakit tertentu seperti mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.
"Interaksi Tadafil dengan beberapa jenis ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti penurunan tekanan darah jika diguna bersama ubat untuk darah tinggi," katanya kepada pemberita semalam.
Sehubungan itu, Dr Chua meminta peniaga yang mempunyai bekalan ubat itu segera menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan dan menyerahkannya kepada cawangan Penguat kuasa Farmasi di negeri masing-masing.
Katanya, individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan kedua dan seterusnya. ======================================================================
Thanks for your info. Dengan adanya info sebegini moga dapat dimanafaatkan oleh ahli SST. Saya yang rajin baca newspaperpun boleh tak perasan. I missed that article!! Dimasa akan datang semua info boleh dikongsi bersama di forum ni.....Thanks to you all.