Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: omilk plus & xtra igg.. ??


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
omilk plus & xtra igg.. ??


Apa khabar semua..

Saya ni bukan ahli smart naco, tapi sentiasa mengikuti peredaran & perkembangan MLM di Malaysia..

Soalan saya, apakah pendapat anda semua mengenai produk susu igG pesaing smart naco iaitu XTRA IGG & OMILK PLUS..

Warna kotak, dah lah sama.. Cuma harga yang berbeza.. Dan yg pasti, smart naco punya harga lebih mahal dari kedua produk tersebut.. dan ada yg mnyatakan kedua produk tersebut especially xtra igg lebih banyak kandungan igg / kolostrum di dalamnya berbanding smart naco punya.. Kedua pengedar (pesaing smart naco) itu salah satunya juga adalah company MLM & satu lagi menjual secara trading (bukan MLM).

Apa yg menjadi persoalan sy di sini, smart naco menyatakan bahawa mereka (smart naco) adalah pengedar tunggal susu ini di Asia.. TAPI, mengapa ada orang lain yang menjual/mengedar dalam pada masa yg sama??

Harap ahli2 smart naco kat sini dapat menjawab.. :)

wassalam,
PEMERHATI MLM MALAYSIA.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:
RE: omilk plus & xtra igg.. ??


Salam sejahtera....


Kalau nak berceriter pasai susu kolostrum dah bersepah syarikat MLM yang terkenal ada.... produk yang sama erti dengannya... maybe nama jer lain-lain... ada kapsul, ada serbuk, ada dlm botol, ada yang macam coklat..... .Benda dah lama dah nak dekat lebih 30 tahun orang dah kenal dengan susu kolostrum. Pi check syarikat MLM yang terkenal, mereka sendiri dah ada produk-produk nier sejak dulu lagi...


Correction pertama, Smart naco tak pernah mengatakan ia adalah pengedar tunggal susu kolostrum - kalau ia kata begitu memang lah tak betui sangat..... . Pergi jer ke farmasi, macam2 jenama ada... .


Pasai mana satu yang lebih baik.... saya rasa, cuba dulu, baru tahu. Sebagai pengguna pilihlah apa yang anda fikirkan terbaik.... . tepuk dada tanya selera.... .


Buat pemerhati MLM.... buatlah MLM, jangan dok memerhati... (mana2 MLM pun tak pa.... tak kisah.... janji buat betui2.... dan dapat $$$$$ dan membantu orang lain dapat $$$$ ).


Wassalam.


Khairul Aza 


 



__________________

Susu Kolostrum Igg Plus Muncul Kembali atas nama Fortico Kolostrum



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 89
Date:


Bak kata Tuan Hj Salleh , Sapa Minum Sapa Tau ...

Jadi oleh kerana mybiz sebagai pemerhati : Apa kata mybiz beli kesemua susu igg yang ada dan mybiz cuba . Apa macam ... lepas tu pilih yang terbaik dari sudut pandangan mybiz ....

Ok ,, semoga mybiz jadi pemerhati MLM yang baik ...

wassalam



che din

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagi pandangan saya yang daif ni dan juga pendapat sahabat yang lain dan dari maklumat yang saya telah baca didalam dunia tanpa sempadan ini maka betullah dah hampir 30 tahun susu colostrum ini dikaji seterusnya diedarkan pada semua orang seluruh dunia dan ianya dari source yang satu iaitu negara New Zealand,salah satunya kajian dan komen atau maklumat boleh didapati di www.colostruminfo.com


Cuma kita di malaya ni baru sahaja didedahkan dengan perkara sebegini sejajar dengan perkembangan teknologi dan dari arus pertukaran analog kedunia digital.


seperkara lagi saudara/i pemerhati harus pertimbangkan kenapa ubat ubatan dinasihatkan pengambilan mengikut dosage dan masa yang tertentu, tentulah ada sebab khusus tentang perkara ini


Bagi saya pula begitu juga dengan susu IgG keluaran dari Smartnaco yang mengikut garis panduan dan dari nasihat pihak yang tertentu utk mendapat kesan yang sewajarnya serta semestinya tidak menimbulkan kompikasi kepada penguna.


Kepada saudara/i pemerhati yang terbaik dalam kumpulan smartsuccess team selain dari produk dari keluaran smartnaco ianya adalah ikatan ukhwah itu sendiri dan amatlah berharga dan tak boleh dibeli jutaan ringgit sekalipun.


kami mengalu-alukan orang orang yang berwibawa spt anda utk turut serta bersama dgn kami dan kami hargai setiap komen dan pandangan.


Wassalam dan terima kasih.


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard