Angin Ahmar atau strok masih merupakan punca utama kematian dan kesengsaraan dibanyak negara maju dan membangun. Di malaysia penyakit ini adalah antara 10 penyebab utama kematian dihospital kerajaan. Terdapat lebih kurang 2500 kematian dan 12000 kes angin ahmar dikeluarkan dari hospital kerajaan setiap tahun.
Kenali Angin Ahmar
Angin Ahmar berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat zat makanan atau mutrien ke otak tersumbat atau pecah. Apabila bekalan oksigen ke otak terputus, sel sel saraf secara perlahan lahan akan mati. Ini menyebabkan bahagian badan yang dikawal oleh sel sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak dapat berfungsi. Selalunya kesan angin Ahmar atau strok adalah kekal. Ini disebabkan sel sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat diganti lagi.
Serangan Iskemia sementara (TIA)
Lebih kurang 1/3 kes kes angin ahmar didahului dengan serangan Iskemia Sementara (TIA), Ini Terjadi disebabkan gangguan sementara bekalan darah keotak. Serangan ini merupakan amaran awal yang seringkali diabaikan. Dapatkan rawatan segera apabila serangan ini terjadi.
Tanda Tanda Amaran
Apabila terdapat tanda tanda berikut dapatkan bentuan perubatan segera.
Terasa kebas atau lumpuh dibahagian muka,tangan atau sebahagian daripada badan.
Terasa gelap atau hilang penglihatan terutama sebelah mata
Tidak dapat bercakap atau menghadapi masalah bercakap atau sukar memahami percakapan orang lain.
Sakit Kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
Pening kepala tidak dapat mengimbangkan badan dan terasa terumbang ambing (boleh terjatuh)
Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mempunyai tanda tanda berikut, peluang anda mendapat penyakit angin ahmar adalah tinggi.
Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal
Merokok
Menghidap penyakit jantung
Paras kolestrol yang tinggi
Meminum minuman beralkohol berlebihan
menghidap kencing manis yang tidak dikawal
pernah mendapat angin ahmar atau Serangan Iskemia sementara (TIA)
Tidak bersenam
Tekanan Mental
* Kebanyakan faktor risiko ini saling berkaitan.
Bertindaklah-Cegah Angin Ahmar
Ubah cara hidup anda yang tidak sihat, Jika anda menghidap penyakit tertentu yang berkaitan, dapatkan rawatan segera.
Dapatkan pemeriksaan perubatan secara berkala untuk mengesan penyakit penyakit yang disebutkan diatas, terlebih awal
Kawal tekanan darah tinggi dengan
Kekalkan berat badan unggul
Kurangkan pengambilan garam dalam makanan
kawal tekanan mental atau stress
Makan lebih banyak sayur sayuran dan buah buahan
Jika anda sedang mendapat rawatan, patuhi rawatan yang diberi.
3. Berhenti merokok, Merokok boleh meningkatkan pengumpulan bahan lemak dalam saluran darah dan menyekat bekalan darah ke otak. Ini boleh menyebabkan angin ahmar, kesan kesan merokok antaranya adalah:
Bahan Nikotin dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah
Gas beracun karbon monosida mengurangkan jumlah oksigen dalam darah utk dibawa ke otak
Merokok boleh menebalkan sel darah dan menyebabkan sel darah mudah beku.
4. Kekalkan berat badan unggul, memiliki berat badan yang berlebihan/gemuk membebankan jantung dan saluran darah, Berlebihan berat badan juga membawa kepada masalah penyakit jantung dan diabetes. Ini meningkatkan risiko penyakit angin ahmar.
5. Bersenam selalu. Apabila umur kita semakin tua, peratus lemak dalam badan meningkat. bersenamlah sekurang kurangnya 3-4 kali seminggu. dan 20-30 minit setiap kali bersenam, Bersenam membakar lemak lemak yang berlebihan dalam badan.
6. Rawat dan kawal diabetes, Penyakit Diabetes menggangu pengaliran darah, ini boleh membawa kepada masalah angin ahmar.
7. Kurangkan tekanan mental (stress). Masalah tekanan mental yang tidak dikawal dan berlarutan boleh meningkatkan tekanan darah, Ini mendedahkan anda kepada risiko angin ahmar jika tidak dikawal. Kurangkan tekanan mental anda dengan melakukan senaman, aktiviti riadah, atau mendapatkan khidmat kaunseling.
8. Pengambilan pil perancang keluarga (Kontraseptif) terutama pil pil yang mengandungi kandungan asrogen yang tinggi didapati boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi terutama bagi mereka yang berumur 30 tahun keatas.Oleh itu dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil jenis ini.
Maklumat disediakan oleh : Lipan Bara (Doktor IgG Anda)