Untuk bulan Mac, pihak SST menyarankan untuk anda membaca dan memiliki buku JUTAWAN MLM ....terbitan pts.
Untuk bulan APRIL , buku BULAN INI IALAH, " BERUBAH UNTUK KAYA " . Telah berada di pasaran dan boleh di dapati di kedai2 spt Harfa, Dewan Bahasa/Pustaka, Popular dll.
Intipati buku ini....
45 tip mudah dan praktikal untuk usahawan MLM melakukan perubahan dan berjaya dalam bisnes.
Anda hendak menjadi kaya dan berjaya dalam bisnes MLM? Jika demikian, anda perlu berani berubah bagi mencapai impian itu.
Anda pasti berubah daripada pelbagai aspek selepas membaca ini. Perubahan yang anda lakukan pasti mengubah seluruh hidup anda.
Berubah Untuk Kaya membantu usahawan Multilevel Marketing melakukan perubahan kecil dan berterusan. Perubahan itu termasuklah daripada segi sikap, cara berfikir, interaksi dengan pelanggan, strategi pemasaran, teknik jualan dan tajaan, hubungan dengan upline, downline dan banyak lagi. Perubahan yang bakal dilakukan pasti membuahkan hasil yang besar.
Bab 1: Perubahan Kecil Hasilnya Besar Bab 2: Jumpa Sekali Seminggu Bab 3: 1 Jam 1 Hari 1 Kerja Bab 4: Beli Satu Produk Sebulan Bab 5: Guna Satu Produk Sebulan Bab 6: Beli Satu Buku Sebulan Bab 7: Satu Topik Sebulan Bab 8: Buat Nota 1 Jam Seminggu Bab 9: Lukis Pelan Sekali Sebulan Bab 10: Satu Nama Sehari Bab 11: Seorang Prospek Sehari Bab 12: 1 Hari 1 SMS 1 E-mel dan 1 Panggilan Bab 13: 1 Hari 1 Orang 1 Produk Bab 14: Taja Seorang Sehari Bab 15: Buat Checklist Sekali Sebulan Bab 16: Buka Starter Kit Sekali Sebulan Bab 17: Beli Buku Motivasi Bab 18: Hubungi Upline Bab 19: Hubungi Downline Bab 20: Hubungi Pelanggan Bab 21: Merancang Aktiviti Bab 22: Berucap Sekali Sebulan Bab 23: Cari Downline Seorang Sebulan Bab 24: Cari Pelanggan Seorang Sebulan Bab 25: Kaji Produk Lama dan Baru Bab 26: Bantu Downline Bab 27: Kaji Pelan Pemasaran Bab 28: Kaji Syarikat Bab 29: Bantu Orang Sakit Bab 30: Hubungi Downline yang ‘Tidur’ Bab 31: Tambah Masa pada Waktu Malam Bab 32: Tambah Sasaran Bab 33: Hadir Kursus ataupun Seminar Bab 34: Topik Perbualan Bab 35: Berkunjung ke Rumah Downline Bab 36: Berkunjung ke Rumah Pelanggan Bab 37: Ubah Penggunaan Produk Bab 38: Ubah Penggunaan Masa Bab 39: Ubah Penggunaan Tenaga Bab 40: Ubah Penggunaan Wang Bab 41: Ubah Penggunaan Kenderaan Bab 42: Ubah Penggunaan Rumah Bab 43: Ubah Penggunaan Komputer Bab 44: Ubah Sikap dan Minda Bab 45: Ubah Penampilan
Berubah Untuk Kaya
Harga: RM 18.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak) Jumlah Halaman: 176 halaman Tarikh Terbit: 13 March 2006
akum..sorry le mencalah..Faizal masih baru..so..kalau ada yang tahu cam mana nak dapatkan Buku tu..tolong le beli pasal boleh kita tempah kat kau orang..Mudah dan boleh buat ibadat lagi kerana menolong.. So..boking kat saya satu.. Kat sarawak ni susah sikit market nya..
Buku Jutawan MLM kalau tulisan Razzi Armansur, saya dah baca...memang best...itupun kalau yg tu laa....saya beli tahun 1997/98, ada ramai cth usahawan MLM yg berjaya.....
tapi buku utk bukan April.....saya xbaca lagi.....Insyaallah....nanti cuba cari2....
buku untuk bulan april ni memang bagus dan sesuai , simple , mudah dan banyak tips yang boleh digunakan.. boleh la buat modal untuk training akan datang he he ...
"Ilmu yang tidak dipraktik , bagai tanah yang tidak berjejak"