Saya ingin sangat menceburi dunia MLM ni..dan sudah banyak syarikat MLM yang telah saya masuk...malangnya kebanyakkan Upline yang telah saya daftar akan terus meninggalkan saya setelah saya mendaftar..Hal ini membuatkan saya berasa serik...Bagaimanapun saya cukup tertarik dengan penerangan-penerangan oleh pihak IgG-Plus ni...Tapi pada saya cukup mengherankan sebab semua yg saya minta hanya dibalas dengan SMS sahaja kenapa tidak diperdengarkan suara anda yang telah berjaya melalui talifon saya..Adakah terlalu mahal untuk menghubungi saya melalui talifon sedangankan anda, saya lihat mendapat jumlah imbuhan (Cek) sampai mencecah 5 angka. Ini lah salah satu faktor yang menjadi tanda tanya kepada saya bagi orang yg ingin mendaftar menjadi ahli dan pengedar..adakah anda ini benar-benar berjaya atau sekadar cetakan palsu sahaja semua bukti kejayaan anda ini. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang menghubungi saya melalui SMS sekiranya segala maklumat itu benar-benar sesorang kehendaki...Pada saya bercakap adalah lebih baik untuk kita menawan hati seseorang yang baru seperti saya daripada memberinya Nota (SMS) tanpa panduan. Niat saya Ikhlas , bukan untuk menjatuhkan sesiapa..Sya berharap President Director dapat memberi tunjuk-ajar yang sebenarnya kepada downline-downline mereka di atas apa yang saya nyatakan ini.