Assalammualaikum, pada semua SST members. saya Nazrie dari Bandar Baru Bangi upline saya En Yazid Rawang.join smart naco baru 2 bulan, selalu masuk forum tengok2 jer. tak der topik nak join.baru skali dapat imbuhan tu pun dapat voucher je...jadi la merasa.. mula2 join ok gak org ramai yg oder tapi skarang slow. slow giler..kat office bulan nie sale 1 kotak jer.. kena penangan dengan Kopi Radix.mereka dah jadi mcm tok bomoh boleh baca tapak tangan org,tengok bijik mata org, kita harap pada Hj salleh jer.....so kadang2 timbul gak rasa giveup..so kalau ada saper2 yg boleh tlg beri sikit semangat kira ok gak ler...
Macam saya beritahu dulu, jangan bimbang pasal produk tu. Kita just FOKUS kat produk kita, teruskan promosi dgn segala info berguna yg telah kita perolehi tentang susu ni. Kita bukan cakap kosong je kat depa tapi dah ada bukti. Nasihat saya jangan give up, jika ada masalah boleh sms atau tel saya bila2 masa. Saya pun bulan 1 dan ke 2 pun dapat voucher RM16.40 je dan berkat kesabaran dan sokongan rakan2 Alhamdulillah saya dapat hasilnya pada bulan ke 5. So jika saya boleh dapat en Nazrie pun boleh dapat jika kita berusaha untk mendapatkan nya. Yg penting kita kena setkan matlamat (GOAL) kita, berapa lama masa yg kita perlukan utk mencapai goal kita tu, plan strategi, buat apa yg kita plan berterusan (Istiqamah) InsyaAllah boleh berjaya. Jangan hanya tumpukan market susu tu kat opis je K, banyak lagi pasaran kat luar sana. Boleh guna cara OFFLINE dan ONLINE, edarkan flyer dan berikan VCD tu. Follow up semua prospek kita dan yg saya kasi, Insyallah boleh en Nazrie. Ceritakan tentang kelebihan dan manafaat yg boleh di perolehi dari produk yg kita jual, jangan terus push them to buy 1 kotak. Ikut konsep 525 iaitu 5 paket RM25, mereka akan cari kita juga jika ada perubahan positif pada mereka dan ikut pengalaman saya majoriti yg cuba 5 paket tu akan beli lagi.
Hubungi saya jika ada masalah, dlm forum ni pun boleh bertanya pada leader2 hebat SST.
wassalam,
yazid
BTP/GVP~0129250789
__________________
VCD percuma http://yazid.myniaga.net
My Jurnal http://yazifa.bravejournal.com
Biasa la bisnes kadang kala naik, kadang kala turun. Macam hujan. Kalau asik hujan susah le nak kesana kesini. Jemur kain baju pun susah. Kalau panas pula alamatnya lakulah air tebu kat gerai2. Moralnya disini. Just folow the rule. BUAT BUAT BUAT dan sabarlah tunggu hasilnya. Orang tanam pokok tak terus berbuah. Kena tunggu bertahun tahun. orang jual IgG kena tunggu tuah. Kalau ada rezeki korang, insyaalah meletop. Siapa tahu apa yang akan berlaku esok. Aiman tak kesah. Yang penting lagi. Berusaha kerana sekali kita berjaya, nikmat yang bakal anda kecapi amat ...... sendiri yang akan rasa...