Sejak diperkenalkan susu IGG ni, permintaan oleh orang ramai amat menggalakkan. Tentang khasiatnya ramai dah tahu.
Saya tidak mahu menyentuh tentang marketing plan, income yang bakal diperolehi oleh setiap member.
Tapi, saya amat dukacita dengan sesetengah ahli yang menjual susu IGG ini secara terbuka di khalayak ramai tanpa kebenaran daripada syarikat. Saya tak kisah kalau produk tersebut di iklankan dimana-mana ruang siber, pamplet ataupun risalah2 lain untuk tujuan promosi.
Tapi kalau dah sampai ke tahap pasar malam, apa kejadahnya.....adakah produk IGG ini boleh diperniagakan ditempat2 tersebut. Tak boleh ke company memantau perkara ini. Saya tahu ada sesetengah ahli yang membeli stok dengan banyak semata2 untuk capai pangkat dengan cepat. Tapi kalau nak habiskan stok hingga menjual di pasar2 malam......mana istimewanya...kalau dah jadi produk pasar malam......jatuh standard la beb....
Cuba lihat produk2 company lain.....kopi ginseng CNI pun banyak di jual di supermaket.
Hendak ke produk ini dijual di supermaket ?
Tak faham ke maksud direct selling ?
Kalau nak, maknanya....suruh company hantar barang tersebut ke mana2 supermaket,,,,jaya jusco ke.....giant.....parkson.....maiden.....tak payah susah2 orang nak jadi member....beli aja kat sana...
Saya harap upline2 yang berwibawa, bawa lah perkara ini ke pihak company....
Kalau di dapati ada ahli2 yang berbuat tersebut, terminate saja....
Bagilah peluang kat kami yang benar2 ini menambahkan pendapatan dengan cara yang betul.
Sebenarnya hal ni dah ramai ahli sejati yg komplen dan saya pasti leader2 kita pun dah panjangkan hal ni kepada syarikat dan dlm blog SPD Zul ada beritahu yang syarikat akan adakan penguatkuasa sendiri utk memantau hal yg menjadi duri dalam daging dalam biz ni. Dalam masa yg sama kita pun boleh lapurkan kepada HQ dgn bukti bertulis ke, bergambar ke hantar ke HQ.
Mereka yg buat keje tu memang tak reti akta AJL, ikut sedap dia orang je nak menjual. Nampak boleh buat duit main ikut sedap je jual kat kaki lima dan pasar malam.. saya pun sakit hati gak..
Harap2 ahli SST takde yg buat macam tu...
wassalam
yazid
BTP/GVP~0129250789
__________________
VCD percuma http://yazid.myniaga.net
My Jurnal http://yazifa.bravejournal.com
CAMAR 34 kalau dapat maklumat , u buat laporan bertulis kepada pihak HQ bagi memudahkan pihak HQ ambik tindakan , betul cakap en yazit pihak HQ dah menyedari benda ni dan UPLINE kita dah utarakan serta akan ada tindakan dari pihak HQ...
Kita sama-sama buat pemantauan , dapatkan maklumat mereka yang terlibat dan hantarkan ke HQ secara bertulis...
Saya pernah bertanya pd En Azhar Smart Naco berkenaan perkara ini...
Beliau terangkan bhw menjual produk sykt di Pasar Malam... (Kat Shah Alam, Pasar Ikan pun ada susu ni) adalah salah sama sekali...
Tapi kalau buat jualan & promo di tapak expo atau kiosk adalah dibenarkan...
Kalau ikutkankan promo guna flyers pun tak boleh... tapi company memang tak dpt nak control benda ni... satu lg pun kalu produk dorang jalan! Dorang gak yg untung... kita dapat sikit, dorang dpt banyaaaakkk!
... satu lagi masalah permainan harga ni. Saya agak sedih gak bila kwn saya ckp dia jual susu ni pd harga RM100 sekotak. Dia cakap RM9 tu kira sedekah, buat amal jariah.
__________________
Master Zen
019-3812945
bebaskewangan@yahoo.com
http://8level.cjb.net "Many of life's failures are experienced by people who didn't realise how close they were to success when they gave up"
Ni ler yang dikatakan JUTAWAN-JUTAWAN segera yang tak pernah faham erti kesinambungan. Orang-orang yang macam ni jugalah yang akan meruntuhkan institusi biz ni. Pada kalian yang nampak.... tak perlu fikir panjang. Kita sama-sama benteras gejala yang amat tak sihat ni.
Kadang-kadang tu, mereka yang buat benda ni langsung tak baca syarat2 dan peraturan AJL masa mendaftar dulu. Dalam erti kata lain, memang tak pernah nak ambil tahu. Mereka hanya pentingkan keuntungan semata2 tanpa mengambilkira musibahnya untuk jangkamasa panjang.Saya yang tak pernah memasuki mana2 MLM pun pernah terfikir nak buat macam tu dulu, tapi mujur juga saya mengikuti perkembangan perjalanan biz ni...... ada Do dan Don't nya.
Jadi, bagus juga kita letakkan tanggungjawab ini atas bahu kita juga. Demi masa depan syarikat dan tentunya untuk diri kita juga di masa depan.
saya pun pernah ternampak igg ni dijual kat market dengan harga RM120 ....habistu, pengedar2 yang lain mana nak cari mkn kalau harga yang ditawarkan oleh market terebut terlalu rendah.. harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan...
akum..semua.. ttg harga RM120 tu masih lagi boleh tahan...tp kalau dah 1 kotak RM80 jer memang tak patut..so perkara ini semakin berluasa..so mintak kawan2 kita jgn lah amatkan tabiat yang menjahanamkan ini...
saya pun dengar daripada seorang downline dari Selatan, so sama2lah kita banteras gejala yang tak elok..
saper2 yang kat area shah alam cube tengok kat kompleks pkns tu, kat area gerai2 jual jamu.banyak jual susu igg ni secara open...macam dah jadi jual kicap kat kedai runcit je.yela,sebab macam kicap ada kicap tamin,kicap kipas udang, etc.kat kedai jamu ni plak ada igg naco,igg+herba dari company A,igg+madu company B....
kat area hang tuah mall kat melaka pun penah nampak gini gak....