Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEMBUKA BICARA DARI CEO
CEO


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:
PEMBUKA BICARA DARI CEO


Saya baru sign up Smart Naco dua hari lepas. Website, blog dan journal telah dibina. Alhamdulillah sehari selepas blog dan journal dilancarkan telah menerima 7 tempahan VCD PERCUMA. Semuanya unique visitor.


Saya nampak peluang semakin cerah dalam bisnes ini. Yang penting kita tahu bagaimana melakukannya. Ya, menggunakan internet. Tetapi bagaimana? Yang tahu atau mahir dengan internet pasti menganggap 'kacang'. Tetapi bagaimana pula yang 'kayu'? (maaf terkasar bahasa sikit).


Sebenarnya membina bisnes internet mudah. Hanya lakukan beberapa tindakan iaitu:



  1. Buat kajian pasaran produk (pastikan pasaran tumpuan produk tersebut atau niche market)

  2. Bina laman web, blog, journal yang boleh diakses di internet

  3. Sediakan kaedah pembayaran bagi memudahkan proses pembelian/jualan

  4. Lakukan promosi secara online dan juga offline.

Di dalam bisnes internet, 80% dari usaha kita adalah menjalankan promosi. Maknanya website kita, blog kita atau journal kita mesti dipromosikan atau 'dihebohkan' seperti disebut di dalam buku saya Klik Untuk Kaya 8 Rahsia Jutawan Siber.


Saya percaya bagi mereka yang pertama kali memiliki website, blog atau journal akan merasa seronok. Ya, sudah pasti seronok hasil usaha pertama kita membina sebuah website atau blog telah berjaya dicapai di internet. Tetapi sebenarnya website atau blog yang anda bina tidak membawa faedah sekiranya ia tidak dilawati! Jadi, hebohkanlah!


Bagaimana dan buat heboh? Di dalam bisnes internet, anda boleh lakukan banyak perkara atau aktiviti yang boleh menjadikan website atau blog anda dipromosi dan kemudian dilawati. Antaranya:



  1. Bertukar-tukar link. Perkara pertama yang saya lakukan selepas berjaya membina blog (http://vcd-percuma-smartnaco.blogspot.com) dan journal (http://ceocyber.bravejournal.com) ialah menghubungi leader-leader dalam SST supaya meletakkan link di journal mereka. Anda tahu apakah kesannya?

  2. Anda perlu hantar URL atau alamat website atau blog anda ke enjin-enjin carian seperti Yahoo!, Google dan lain-lain supaya ia disenaraikan apabila katakunci website atau blog anda ingin dicari oleh seseorang pelawat. Ini wajib anda lakukan.

  3. Sertai seberapa banyak newsgoups yang anda boleh sertai. Ini juga saya lakukan dimana di dalam blog saya, saya letakkan link ke newsgroups yang saya sertai. ini bertujuan supaya saya boleh klik newsgroups tersebut dan menghantar atau 'post' apa saja bahan promosi saya. Ini lebih senang daripada anda keluar dari blog atau journal dan membuka tingkap baru untuk menghantar bahan promosi ke newsgroup yang anda sertai.

  4. Anda mesti juga mempunyai satu Mailing List anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan opt-in emel pelawat yang datang melawat website, blog atau journal anda. Jika anda melawat website, blog atau journal saya anda pasti akan diganggu oleh satu pop up supaya anda menuliskan nama dan emel anda. Sebenarnya anda telah menyertai mailing list saya dan saya boleh menghantar apa saja bahan promosi ke emel anda seberapa kerap yang saya suka!

Ini adalah sebahagian dari tips untuk anda yang baru menyertai SST sama seperti saya. Saya juga seperti anda ingin merealisasikan impian saya melalui Smart Naco. Saya juga seperti anda pada mulanya berfikir apakah tiada produk lain yang lebih istimewa untuk dijual selain dari susu lembu? Tetapi setelah saya menonton VCD PERCUMA dari sifu Che Din, saya teruja!


Yang lebih teruja lagi setelah saya melihat En. Zulkifli Hassan memandu Mercedes C230 sewaktu datang ke stokis Sg. Buloh. Khabarnya setelah mengusahakan bisnes ini selama 6 - 7 bulan, En. Zulkifli sudah meletakkan jawatan dan sudah mampu memandu Compressor!


Saya dan anda juga boleh melakukan sama seperti leader-leader di SST. Mari kita bersama teruskan perjuangan ini.


Wassalam.


 



__________________
CEOCYBER Website: http://www.ceocyber.com Blog: http://vcd-percuma-smartnaco.blogspot.com Journal: http://ceocyber.bravejournal.com Emel: ceo@ceocyber.com


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

Assalammualaikum,


Menarik pembuka bicara bro ceo ni, tips yg sgt berguna bagi mereka yg mahu menggunakan internet sebagai power tool dalam biz ni... gunakan la sebaik mungkin...


Bro ceo saya nak belajar la cara create mailing list melalui web tu, camna nak buat yer.. harap sudi kongsi ilmu tu....


wassalam


yazid~btp/gvp



__________________
VCD percuma http://yazid.myniaga.net My Jurnal http://yazifa.bravejournal.com


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 89
Date:


WOW Terima Kasih bebanyak kepada CEOCYBER , maklumat yang diberikan sebagai panduan dari pengalaman dan pembacaan CEOCYBER ...

Saya akan terus memberi sokongan dan ada apa2 bantuan yang di perlukan bagi tau laa ,,

InsyaALLAH jika kita bergerak secara bersama CEOCYBER juga akan mencapai kejayaan.

Terima Kasih Atas Maklumat Berguna Ini


Che Din

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard