Di sini saya ada beberapa kemusykilan mengenai susu Igg. Saya bercadang memberikan ibu dan ayah saya minum susu Igg tetapi saya kurang pasti mengenai perkara di bawah :
1. Ibu saya berumur 67 tahun menghidap sakit lutut sejak 5-6 thn yang lalu tetapi sejak akhir2 ini sakit lututnya semakin teruk sehinggakan kadang-kadang beliau tidak boleh menunaikan sembahyang secara berdiri. Jadi bolehkah susu ini diminum oleh orang tua yang menghidap sakit lutut seperti ibu saya ?
2. Ayah saya pula berumur 69 tahun menghidap sakit kanser usus. Telah menjalani pembedahan membuang usus setahun yang lalu dan kini menjalani rawatan kemoterapi. Kemusykilannya ialah bolehkah susu Igg diminum oleh pesakit kanser yang menjalani kemoterapi dan dalam masa yang sama beliau juga terpaksa mengambil ubat kemo tersebut. Sekiranya boleh berapa paket sehari beliau perlu mengambil susu Igg ini?
Saya ucapkan terima kasih kpd member SST dan berharap soalan saya ini mendapat perhatian dari tuan/puan semua.
Menjawap kepada soalan Maisarah tentang, kimoterapi mahupun radioterapi, semasa permulaan sst dahulu saya ada menulis tentang ini perkara ini.
Ianya boleh diminum dan kaedahnya tetap sama semasa balik dari buat rawatan boleh terus diminum dan setengah jam selepas itu bolehlah memakan ubat ubatan dan utk permulaan, mulakan dengan setengah sachet dahulu.