Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: harga pasaran di selatan thai


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
harga pasaran di selatan thai


hi,
assalamualaikum SST

saya difahamkan ada sesetengah mereka yg berpendapatan tinggi disekitar
sempadan telah menjual sekotak sisi IgG dengan harga kurang dari RM100
rungutan dari kawan2 SST di sana amat menyedihkan, ini adalah perbuatan
mereka yg "cap ayam" dalam MLM. apa yg kita patut buat sebenar nya??
ini berlaku disekitar Rantau Panjang / Sungai Golok (Thailand) oleh mereka yg
bimbangkan jualan yg agak menurun dan memerlukan maintain dari kalangan
downline. apa perlu kita siasat siapa dalang nya?? report ke HQ? jika perlu?
kalau mereka dari kalangan PD? atau SPD? menurut berita dari rakan SST
disana, mereka telah memasarkan melalui kedai2 runcit disekitar Sungai Golok
dengan harga jualan tak sampai RM100

sekian
wsalam
Harun Arrasyed






__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Tak patut betul diorang buat macam tu. Sepatutnya harga tu kenalah ikut harga yg asal utk menjaga mutu & hak cipta produk tu. Saya rasa, pihak HQ mesti buat siasatan dan berikan amaran kpd ahli yg buat macam tu. Mana boleh buat begitu. Ini boleh mengurangkan kredibiliti sykt kalau dibiarkan berlaku. Dan akhirnya industri perniagaan MLM akan mendapat malu.



__________________
ImmunoglobulinG Perhiasan Untuk Kecantikan


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

yer...saya setuju....sesuatu perlu dilakukan....nampaknya mereka ini cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh.....

Kalau boleh, mintak kawan yang tinggal berdekatan cuba kenalpasti siapakah mereka yang berkenaan ini...dan adukan kepada pengurusan syarikat.

Mereka ni..diibarat seperti virus yang akan membunuh perniagaan ini secara senyap..

--
puteratrg

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Ye, mesti diambil perhatian oleh pihak atasan. Yg terima kesan & akibat buruknya adalah org2 junior yg baru jadi ahli Smart Naco, yg baru nak mula belajar meniaga susu IgG-Plus. Junior2 ni baru keluar modal beli susu 3 kotak RM327.00, nak jual dgn harga runcit RM135.00 sekotak, tapi senior2 yg  lain ni yg mampu yg ada kuasa main wang, diorang beli susu jugak banyak2 lepas tu jual dgn harga murah kurang dari RM135.00 atau kurang dari RM100.00 sekotak. Dia buat macam tu semata-mata nak tambahkan banyak PV & BV utk Personal Sales dia sendiri. Secara tidak langsung, junior2 yg baru jadi ahli ni tadi bila dia tengok senior2 dia buat macam tu, mesti dia akan rasa tak senang hati.


Nanti org ramai mengungkit, kenapa yg senior tu jual murah, yg junior nak jual mahal pulak. Mesti la org ramai akan beli yg murah, dan tak nak beli harga yg si junior tu letak. Akhirnya, si junior akan berasa rugi kerana tak dpt rasa keuntungan runcit. Akhirnya, berlakulah keruntuhan moral di kalangan junior2 ni tadi. Dan akhirnya juga, nama SST & Smart Naco juga yg terjejas kerana org akan menganggap produk susu IgG-Plus Smart Naco ni boleh didapati dgn harga paling murah dari pesaing, samada di pasaran gelap atau pasaran terbuka. Akhirnya, org akan anggap, "AAAHHH...semua susu IgG sama jer. Beli jer yg murah, tak payahlah tgk sykt apa, Smart Naco ke, sykt Gitu-Gitu ke hapa ke".


Jadi, hilanglah nilai kualiti produk susu IgG-Plus Smart Naco ini..Akhirnya, semua org rugi..Kata, kita dlm SST & Smart Naco ni bagai satu keluarga, bekerjasama. Kalau dah macam ni nak kaya sorang2, itu bukan kerjasama namanya.



-- Edited by rashid at 17:42, 2006-08-08

-- Edited by rashid at 17:44, 2006-08-08

__________________
ImmunoglobulinG Perhiasan Untuk Kecantikan


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Benar tu, Saya salah seorang yang membawa produk ini ke Thailand dan beroperasi di selatan thai. banyak juga ahli2 yang membuat kacau harga saya dah lama menjual di sini di Yala. dan menetap harga untuk ahli 1200 baht dan bukan ahli ialah 1500 baht. Kerana saya kalikan dengan 11.00 baht  dari harga malaysia. saya juga memberitahu stokis di rantau panjang supaya menetapkan harga sama dengan saya dan mereka setuju sehingga produk ini memasuki pasaran Thai.


Di sini saya melakukan jualan secara kecil-kecilan namun dah dapat downline hampir merangkumi seluruh Thai tapi kita tak buat secara besar-besaran sehingga pihak SmartNaco membuka secara rasmi di Thailand



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard