Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bagaimana saya menyertai SST..


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
Bagaimana saya menyertai SST..


Assalamualaikum..

Kita bertemu dalam alam maya melalui website saya ini.. sebenarnya saya tidak pernah menyertai mana-mana perniagaan MLM sebelum ini. Penyertaan saya dalam Smart Naco juga ada cerita tersendiri.

Saya sebenarnya seorang guru agama di salah sebuah sekolah teknik di Selangor. Walaupun seorang guru agama, di sekolah, saya adalah seorang guru data dan Penyelaras ICT sekolah.

Sebagai seorang guru ICT dan webmaster laman web sekolah, saya memang terdedah dengan budaya internet sama ada ketika di sekolah atau di rumah. Sejak beberapa tahun, saya tertarik dengan perniagaan internet. Namun, itu pada hati kecil, pada hati besar masih 'malas' untuk berkomunikasi hal itu.

Malangnya, pada hujung bulan Julai, minat saya untuk untuk perniagaan internet begitu kuat. Pada masa yang sama, saya pun gatal melayari kejayaan sdr. Irfan Khairi dalam websitenya. Mulanya, teringin juga nak sertai workshopnya di Marriot Hotel, K.Lumpur, namun rasa RM760.00 tidak sesuai dengan kewangan saya yang ada. Bila terlihat bukunya, Rahsia Jutawan Internet saya terus mencari di kedai. Habis juga RM39.90 memiliki buku itu dari sebuah kedai buku di Jalan Tunku Abd. Rahman.

Saya membelek buku itu sehabisnya. Ada maklumat yang saya sudah punya dan ada banyak juga info baru. Hasilnya, saya terus menyewa domain dan hosting. Sebenarnya, saya sudah ada website percuma http://najahudin.8m.com yang menggunakan html. Oleh kerana saya merancang untuk perniagaan internet, sudah pasti website berbayar lebih sesuai dan ada keyakinan. Sementelah, saya ada sedikit ilmu tentang cms phpnuke yang boleh digunapakai dalam website.

Apa perniagaan yang saya nak buat? Sebenarnya, sebelum menyewa domain dan hosting, saya tercari-cari suatu perniagaan internet berpandukan petunjuk sdr. Irfan dalam bukunya. Dalam proses mencari itu, saya teringatkan suatu produk yang baik yang sedang diguna oleh ayah saya di kampung.

Cerita pendeknya, ayah saya pernah menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu. Selepas dibedah, rasa sakitnya masih menjelma. Setelah dicadang untuk mencuba IgG-Plus oleh kakak saya, seorang pengamal IgG-Plus, hasilnya sakitnya sudah tiada.

Lantas saya membuat keputusan untuk menyertai IgG-Plus dan Smart Naco.. bagai mana saya menyertainya.. tunggu jurnal saya seterusnya..


Kembali.. Setelah perkataan IgG-Plus terpacak dalam kepala saya, saya terus mencari sebanyak mungkin maklumat yang ada dalam internet.. sejak itu saya mula mengenali Smart Naco dan produknya. Dalam SST, saya mula mengenali nama-nama sdr. Khairul Aza, Sdr. Zulkifli, Cik Din dll.

Di sekolah, kebetulannya Ketua Pembantu Tadbir adalah mengedar IgG-Plus. Daripadanya saya meneliti semua butiran Sales Kit dan fail Pelan Pemasaran miliknya. Daripadanya jua, saya mengetahui setiap malam Selasa dan Khamis adakan diadakan meeting di Stokis Shah Alam. Tanpa berlengah lagi, saya terus mengikuti meeting tersebut, mengikuti pelbagai ayat penceramah, testimoni ramai PD dan bertemu ramai pelanggan serta pengedar IgG-Plus berbincang, terutama dalam dua topik utama, keistimewaan IgG-Plus dan Pelan Pemasaran Smart Naco.

Tangan saya gatal untuk mengisi borang yang ada dalam website sdr. Khairul Aza. Hasilnya, esok hari saya dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan perihal minat saya terhadap IgG-Plus. Saya terus membuat temujanji dengan beliau. Tempatnya di Restoran Syed di Seksyen 9, Shah Alam. Hari itu, saya kenallah dengan sdr. Jamalullail. Saya tekun berkongsi idea tentang Pelan Pemasaran dengan beliau. Namun, saya masih belum mahu mengisi borangnya lagi.

Selang beberapa hari, saya masih mengikut slot meeting di Stokis Shah Alam. Suatu hari, saya menerima email daripada sdr. Jamal memaklumkan sdr. Khairul Aza akan turun ke K.Lumpur pada keesokkan harinya. Pada masa yang sama, menerima satu email dari sdr. Khairul Aza tentang kedatangannya itu dan bersedia untuk bertemu saya. Keesokkan hari, saya dan sdr. Jamal sudah berjanji untuk bersama bertemu dengan sdr. Khairul Aza pada jam 8.00 malam di Restoran Jejantas Sg. Buluh, iaitu dalam perjalanan pulang beliau ke P.Pinang.

Walaupun, sebenarnya hari itu dan malamnya saya punya jadual yang sungguh padat, saya gagahi juga untuk suatu perjumpaan yang saya anggap mungkin menjadi klimaks kepada 'Penjelajahan IgG-Plus'. Benar!!.. ia menjadi kemuncak. Selepas menerima penerangan 'satu demi satu' berkaitan Pelan Pemasaran IgG-Plus, saya terus menyertai Smart Naco dan sekaligus Smart Success Team (SST).

Dalam forum SST, saya menukilkan : 

saya baru sertai sst tiga hari (mlm jumaat) yg lalu 17.8.2006.. sain borang ahli smart naco dpn founder sst, tuan kaz di restoran jejantas sg buluh masa kaz, en. zul dtg buat shooting kat kl n seremban.. cuma yg menarik sikit ttg penyertaan saya dlm smart naco adalah saya dah berkempen hingga 6 org yg sudi jd downline dan saya sendiri dah create satu website ttg produk igg-plus... dua minggu kemudian barulah saya masuk jd ahli..


sebelum ni saya dah 2 minggu bturut2 pergi meeting smart naco kat stokis shah alam. saya juga dah jumpa lebih kurang 8 orang bertaraf pd.. last skali jumpa dgn boss sst, barulah masuk jd ahli.. yg penting saya cuba mcari info ttg produk n marketing plann dahulu.. akhirnya, saya comfirm masuk setelh rasa... INILAH YANG TERBAIK..


hakikatnya.. dulu mencari perniagaan internet.. akhirnya menjadi ahli MLM



diambil daripada jurnal saya di http://www.stokis.com/main/modules.php?name=Journal&file=search&bywhat=aid&exact=1&forwhat=admin


SILA KLIK UNTUK DAPATKAN VCD PERCUMA
 


temui saya di http://www.stokis.com  



-- Edited by nabila at 15:56, 2006-08-31

__________________
http://www.stokis.com


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:

Salam sejahtera !


Tahniah kepada Sdra Najahudin ! InsyaAllah kejayaan bakal menanti. Dulu saya pun bukan pakar MLM dan tak pernah dapat income dalam MLM. Namun setelah terjumpa formula INTERNET + NETWORK MARKETING --> Magic berlaku dengan izin Allah.


Pasaran MLM melalui internet terlalu luas - dah lebih setahun saya promosikan IgG-Plus, Smart Naco dan Smart Success Team di internet - namun saban hari masih ada prospek yang masuk web, isi borang, telefon, sms dan seterusnya menjadi ahli.


SST dengan kombinasi MLM + LAMAN WEB + CONFERENCE CALL - adalah yang terbaik di Malaysia dalam kontek menjalankan perniagaan MLM secara online !


Regards,


Khairul Aza


Usawahan TIPs e-zine percuma di http://www.free2retire.biz


Free e-mail training "Magnetic Spoonsoring" http://kaz.magneticsponsoringonline.com


Rise to the TOP >>> semestinya hanya di http://www.smart-naco.com



__________________

Susu Kolostrum Igg Plus Muncul Kembali atas nama Fortico Kolostrum



Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

mmg pasaran internet mmg besar.. pg td saya dpt dua org dari indonesia yg isi borang.. sorang darinya ahli mlm revell (ejaan betoi ka ni?).. depa nak info ttg igg plus.. saya nak hantar vcd.. tapi vcd testimoni indon tak dak lak.. tuan kaz kena hantar mai shah alam vcd ni.. mujur sdr jamalullail kata dia ada sekeping.. boleh burn nanti utk pos


rasa hati nak gi gak indon ikut tuan kaz n sahabt2 lain.. tapi budget tak cukup.. i.Allah masa dpn kita boleh gi bsama


p/s sori tak dpt ikut video conferance semlm sebab computer ada masalah port


SILA KLIK UNTUK DAPATKAN VCD PERCUMA
 


temui saya di http://www.stokis.com  


012-9319696



__________________
http://www.stokis.com
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard