Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bangkit dari Kegagalan


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:
Bangkit dari Kegagalan


Assalamualaikum rakan-rakan semua,


Semasa saya duduk diam pagi tadi....fikiran saya berlegar-legar dengan topik diatas...Ini sekadar motivasi untuk diri saya...dan juga untuk semua yang sudi membaca.


Pernahkah anda membaca atau terlihat kata-kata ini,


"Pencapaian terunggul dalam hidup ialah mampu bangkit kembali daripada kekecewaaan akibat kegagalan".


"Janganlah menilai mereka yang mencuba dan seterusnya gagal. Nilailah mereka yang gagal mencuba"


Daripada semua kajian yang telah dibuat tentang kejayaan, salah satu daripada perkara yang mengheret orang menjauhi kejayaan adalah perasaan takut kepada kegagalan. Perasaan takut inilah yang biasanya menghalang seseorang itu daripada berjaya.


Percayalah "Setiap orang mempunyai bakat tersendiri diatas kurnian Illahi. Apa yang kurang hanyalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat yang ditujunya".


Jika kita ingin terus maju tidak dapat dielakkan untuk kita mencuba sesuatu yang lebih besar atau meneroka bidang baru seperti perniagaan MLM Smart Naco bersama SST ini. Dan untuk melakukannya ia akan melibatkan risiko dan risiko sentiasa diiringi kemungkinan bahawa kita mungkin gagal mencapai apa yang kita inginkan. Ya....ini adalah lumrahnya didalam perniagaan. "Kita tidak mungkin dapat bertemu dengan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai". Tetapi risiko di SST dengan perniagaan Smart Naco ini adalah kecil sahaja. Tak percaya tanya kepada yang telah berjaya.


Para usahawan sejati macam ahli SST memahami hakikat ini. Jika Anda ingin menjadi seorang usahawan, lebih banyak lagi sebab mengapa anda harus memahaminya. Kita tidak boleh lagi 'play safe' sahaja dan di masa yang sama mengharapkan 'peluang' datang bergolek. Ingat sebarang 'peluang' besar tidak pernah 'selamat'. Pasti ada sedikit risiko yang terlibat, samada boleh dihitung ataupun tidak (calculated risk or not). Bagi seorang usahawan sejati, peluang besar yang selamat itu tidak wujud. Semakin besar risikonya, semakin besar peluangnya kerana tentunya hanya beberapa orang sahaja yang berani mencubanya. Semua ini perlukan pengorbanan.


Seorang usahawan itu tahu bahawa sebuah kapal yang sedang berlabuh itu selamat tetapi itu bukan tujuannya kapal itu dibina. Secara ringkasnya, kita merumuskan bahawa mereka yang hanya ingin berjaya dan tidak sanggup meghadapi kemungkinan gagal sudahpun sampai ke batasan kejayaan mereka. (They have reach their peak!)


Macam Mat Saleh kata 'no pain, no gain'....'tiada seksaan, tiada kejayaan'.


"Ahli Perniagaan memancing di air yang berkocak. Ketika laut tampak tenang, anda sukar mendapat pancingan. Tetapi tatkala anda nampak airnya berkocak anda sepatutnya memancing disitu juga kerana ikan besar sedang memaksa ikan kecil berenang ke permukaan....Dalam setiap krisis, pasti ada yang mengaut keuntungan besar"....anggaplah 'bahana susu' sebagai krisis....kepada yang dah sejuk biarkan mereka, kita bergerak terus kehadapan dan tunjukkan kepada yang sejuk...bahawa perniagaan ini masih panas.....maka apabila mereka melihat kita panas....saya percaya mereka akan bangkit untuk bersama-sama dengan kita untuk memanaskan lagi perniagaan kita ini.


Oleh itu teruskan usaha anda dan berkat doa insyaAllah anda pasti berjaya.


Dugaan kita hanya kecil jika hendak dibandingkan dengan dugaan perniagaan lain diluar sana.


Jangan Putus Asa......Usaha Anda adalah Kejayaan Anda!


Wassalam,


Rosli M Hanip


http://www.roslimh.myniaga.net/  atau http://myroslimh.ws/ atau http://roslimh.bravejournal.com/



__________________
http://myroslimh.ws/ atau http://www.roslimh.myniaga.net/ dan web journal http://roslimh.bravejournal.com/


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Assalamualaikum sr Rosli,


saya selalu nampak saudara Rosli punya web promotion dlm group. saya dah sebulan lebih join SST tapi masih belom ada dline lagi. saya pun tidak berapa aktif, tapi semangat tetap ada untuk meneruskan perjuangan MLM ni kerana saya ada impian saya sendiri.


boleh tak saudara Rosli beri tips macam mana nak lebihkan promote dlm online ni. saya ni slow sikit dlm bisnes ni, lagi2 nak dapat 2nd junior ni. tapi saya cuba mencari-cari. mungkin lepas 2nd junior ni keluar saya akan kembali kan semangat saya. seperti Upline saya saudara Jamallulail selalu jugak bagi semangat.


banyak yg saya dengar yg saudara rosli ni hebat dr Leader.


terima kasih SST. Wassalam


Tungguku di Puncak!!


Percuma VCD + Website promotion + Keahlian http://www.iggplus.com/xjamall.html


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard